Home News Anak-anak Harry & Meghan Rasmi Mendapat Gelaran Diraja

Anak-anak Harry & Meghan Rasmi Mendapat Gelaran Diraja

0

Selepas beberapa siri pertempuran dengan keluarga diraja BritainPutera Harry dan isterinya kini dapat memberikan anak-anak mereka, Archie dan Lilibeth, gelaran diraja yang benar-benar milik mereka.

9463F864 BC98 41F3 9B8F 3ADCA62BF20E

Dari sumber BBC.com, anak-anak Duke dan Duchess of Sussex secara rasmi telah dinamakan sebagai putera dan puteri di laman web rasmi Keluarga Diraja yang dikemaskini pagi semalam pada pukul 10:20.

Ia berlaku sehari selepas Putera Harry dan Meghan mengumumkan anak perempuan mereka Lilibet yang dilahirkan pada Jun 2021, telah dibaptis di rumah mereka di California dan mereka menggunakan gelaran puteri buat kali pertama.

D1216F29 AC1E 4F19 B2BD F213704A2917

Lilibet ialah anak kedua kepada Harry dan Meghan, yang berpindah ke AS selepas meletakkan jawatan sebagai kerabat diraja pada 2020. Lilibet dilahirkan pada 11:40 pagi waktu tempatan, dengan berat 7 lbs 11oz. Anak lelaki mereka Archie dilahirkan pada Mei 2019.

Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor, yang dilahirkan di California, dinamakan sebagai penghormatan kepada Ratu, nama panggilan keluarganya adalah “Lilibet” sejak dia masih kecil. Manakala nama tengah bayi itu “Diana” dipilih untuk mengenang mendiang neneknya.

Pendeta Kanan John Harvey Taylor, Uskup Los Angeles, mengetuai pembaptisan tersebut pada Jumaat lalu.

Menurut BBC, difahamkan ahli Keluarga Diraja telah dijemput untuk pembaptisan tetapi nampaknya tiada seorang pun yang hadir.

Archie, 3 tahun dan Lilibet yang berumur 1 tahun dinamakan sebagai Putera dan Puteri Sussex pada urutan pewarisan dan susunan di mana mereka berdiri sejajar dengan takhta. Mereka adalah keenam dan ketujuh dalam barisan takhta. (Sumber rujukan di line of succession page.)

D1FC3B72 796D 4DC3 8906 3B6440194EB9

Duke dan Duchess of Sussex telah menjauhkan diri sepenuhnya dari Istana Buckingham sejak tiga tahun lalu. Pasangan itu tidak pernah berhenti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan gelaran diraja yang selayaknya dinikmati oleh kedua anak lelaki mereka. Mereka berhak sebagai anak kepada Putera Harry, yang seterusnya adalah anak kepada Raja Charles III, walaupun semua tuduhan dan kontroversi yang mereka buat terhadap monarki.

Baca Lagi: Kediaman Putera Harry Frogmore Cottage diarahkan untuk dikosongkan

Dan kini kedua-dua anak mereka, Archie, dan Lilibet, diiktiraf sebagai putera raja United Kingdom, enam bulan selepas pemergian Ratu Elizabeth II. Satu perjuangan yang tidak sia-sia walaupun harus berhadapan dengan pelbagai halangan dari menjadi semula sebahagian dari kerabat Diraja Britain.

Sebelum ini mereka disenaraikan sebagai Master Archie Mountbatten-Windsor dan Cik Lilibet Mountbatten-Windsor.

Peraturan yang mengawal gelaran anak-anak diraja telah ditetapkan oleh Raja George V – datuk Ratu Elizabeth pada tahun 1917.

FBB64002 4161 496F 86E0 1E520657D09F

Archie dan Lilibet bukan putera dan puteri semasa lahir, kerana mereka bukan cucu raja, tetapi mereka mendapat hak untuk gelaran ini apabila Raja Charles naik takhta.

Jurucakap Putera Harry dan Meghan berkata: “Gelaran kanak-kanak itu adalah hak kesulungan sejak datuk mereka menjadi raja.

“Perkara ini telah diselesaikan untuk beberapa lama sejajar dengan Istana Buckingham.”

Berikut adalah carta tentang Keluarga Diraja dan barisan pewarisan:

F7853C8A FDA2 438B B8DB 8DEAA0806C28 scaled

Dalam masa yang sama, nampaknya Harry dan Meghan sedang mempertimbangkan sama ada akan pergi ke UK atau tidak untuk majlis pertabalan Raja dan Permaisuri.

Kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak pasangan itu berkata Harry telah dihubungi mengenai acara itu pada 6 Mei oleh pejabat peribadi Raja melalui e-mel.

BBC difahamkan beberapa bakal tetamu diminta untuk merekod tarikh tersebut sebelum jemputan rasmi dihantar kemudian. Namun demikian, Istana Buckingham masih enggan mengulas mengenai senarai tetamu.

Putera Harry, 36, dan Meghan, 39, bertemu melalui “blind date” dan berkahwin pada Mei 2018 dalam satu majlis di Istana Windsor. Mereka menyambut kelahiran anak pertama mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor, setahun kemudian.

BE585AD7 5786 4CA6 AFED 330E4AB9B713

Harry dan Meghan berhenti daripada peranan mereka sebagai kerabat diraja pada Mac 2020. Perrpindahan mereka ke AS bukanlah sebahagian daripada rancangan, tetapi Harry yang begitu perihatin terhadap kebajikan keluarganya merasakan dia perlu mengutamakan keluarga dan kesihatan mentalnya.

Hasil daripada perpindahan itu, Lilibet adalah pewaris paling bawah dalam barisan pewarisan semasa yang dilahirkan di luar negara.

Seperti abangnya Archie dan kebanyakan cicit Ratu, dia tidak layak mendapat gelaran diraja. Di bawah peraturan yang ditetapkan lebih 100 tahun yang lalu, dia tidak akan dibenarkan menjadi puteri mahupun putera sehingga Putera Charles menjadi raja.

Pada bulan November 2020, Meghan pernah mendedahkan di dalam salah satu artikel New York Times yang dia mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya, ia satu tragedi dan kesedihan yang hampir tidak tertanggung”, katanya.

Baca Juga: Putera Harry dan Meghan Markle Isytihar Muflis?