Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan merupakan seorang influencer yang digilai ramai. Ameera merupakan adik kepada pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa.
Kecantikan dan lifestyle nya itu membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya.
Baru-baru ini tular di laman sosial apabila ada individu yang menuduh Ameera berjudi di tempat lumba di luar negara.
Ibu kepada Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir netizen yang bertindak menuduh melulu tanpa berfikir terlebih dahulu.
View this post on Instagram
Kartini turut berkata tindakan dia memadam hantaran yang dimuat naik sebelum ini kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut.
“Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya..”
“Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen yang mereka salah..”
View this post on Instagram
Baca lagi: Bibik Lari Siap Beli Tiket Bas Ke Kuala Lumpur, Sekali Tindakan Majikan Ini Buat Ramai Tak Sangka
Baca lagi: “Bapak Besar Lipas”-Rakaman Lipas Pada Baju Pakcik Ini Buat Ramai Yang Seram
Tambahan lagi, Kartini meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat yang tidak sepatutnya.
“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, hisap shisha, itu saya bangga..”
“Perjudian itu tiada dalam keturunan saya. Tidak pernah buat perkara-perkara sebegitu. Anak-anak saya tidak pernah jejak kaki ke tempat perjudian. Alhamdulillah..”
@daebaking_tv The Blue Plates, Kuantan😋😍 Kalau datang sini wajib pekena dia punya lamb shank. Memang syahduuu🤤 #foodie #kuantanfoodie #blueplate #jjcmmalaysia #fypシ #kuantanviral #theblueplates ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram