Home Video Anak Majikan ‘Merengek’ Nak Gula-Gula, Sekali Tindakan Pembantu Rumah Ini Pula Dapat...

Anak Majikan ‘Merengek’ Nak Gula-Gula, Sekali Tindakan Pembantu Rumah Ini Pula Dapat Pujian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok aifaazlan, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita menyiarkan klip durasi pendek reaksi pembantu rumahnya selepas anak-anak ‘merengek’ ketika berada di sebuah pasaraya. Dikatakan wanita ini, anaknya inginkan gula-gula tetapi respon oleh pembantu rumahnya yang menyatakan untuk tidak menunaikan segala permintaan mereka.

Wanita ini juga mengatakan bahawa pembantu rumahnya berkata sebegitu untuk memberi pengajaran kepada anak-anak serta memberi mereka berasa susah untuk mendapatkan sesuatu barang.

Screenshot 2023 09 27 110726
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sememangnya perlu di ambil berat dan apa yang pembantu rumahnya lakukan itu adalah benar untuk mengajar anak-anak berasa susah jika inginkan sesuatu. Netizen juga memberi pujian atas tindakan pembantu rumahnya, namun ada juga yang mengatakan sikapnya seperti ibu-ibu kita yang sering tegas kepada anak-anak.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 130.3K penonton, 3265 sukaan dan 148 komen.

Baca lagi: Bibik Lari Siap Beli Tiket Bas Ke Kuala Lumpur, Sekali Tindakan Majikan Ini Buat Ramai Tak Sangka

Baca lagi: Tayar Dipancitkan Kerana Parking Di Tempat Tidak Sepatutnya, Parking Limited Punca Ramai Tak Puas Hati

Lihat klip durasi pendek tindakan pembantu rumah ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Eqyen Darus: Bibik aifa ni teringat bibik aku dlu..haish..bila nk beli apa2 mak aku suruh tya bibik dulu boleh ke tk ..jawapannya byk tk boleh dari boleh..

@pelangisenja: bagus bibik cmni..dia bkn marah..tp lebih kpd mengajar

@mayakhayla: naik kan gaji bibik..bibik penasihat kewangan dlm mse yg sama.

@Aiwa : betul sis.. untuk diri aira jugak.. mcm saya dulu kuat merajuk.. xdpt apa nak ja merajuk.. sampaikan ada kwn kata kalau asyik merajuk xda sapa nak kwn

@Polka: bagus la bibik, mcm mak saya je. Kita bila mampu apa anak nak,kita beli je malas nk dgr merengek2… tp mak slalu pesan biar dia bjala susah juga

@Bella: bibik ni bagus, garangnye bersebab, bagus nak didik anak majikan

@luxe_byerma: bibik ni macam nenek2 / mak kita dah . kita dok ikot cakap anak, nenek bising haaa anak cakap semua ikot, ko mak ke dia mak

@mamicat: akk aku mcm ni la. beli je apa ank dia nk padehal benda bukan2. byk kali dah tegur. lps tu dia stress sendiri xde duit

@Tengkuaura: Betul2. My mom ajar mcm ni. Dulu kecil tak fhm. Skrg dah besar faham knpa mak ajar mcm tu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram