Mr Bean aka Rowan Atkinson- satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana memang sudah terkenal di serata dunia. Aksi spontan dan mimik mukanya yang lucu tanpa suara sudah cukup buat para penonton tidak kering gusi.
Pelakon dan pelawak berusia 66 tahun ini pernah berkahwin dengan seorang jurusolek berdarah Anglo-India, Sunetra Sastry sebelum pasangan ini bercerai pada tahun 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Benjamin dan Lily.
Rata-rata komen di internet cuba membayangkan bagaimana agaknya rupa anak perempuan ‘Mr Bean’ ini.
Ternyata Lily mewarisi kecantikan bekas isterinya. Pada tahun 2011, ramai orang terpana melihat kejelitaan Lily yang berusia 16 tahun ketika itu berjalan di karpet merah bersama ibu bapanya untuk tayangan perdana filem Johnny English Reborn.
Manakala gene seni Rowan pula mengalir dalam darah Lily. Sejak kecil, dia sudah biasa dengan dunia hiburan. Lily pernah memegang watak ekstra dalam filem lakonan bapanya, Mr. Bean’s Holiday dan Johnny English Reborn. Selain itu, Lily turut berbakat dalam tarian, nyanyian dan penulisan.
https://www.instagram.com/p/BXaRZS4A9rr/
Meskipun bapanya selebriti ternama, Lily sangat berahsia dan menutup kehidupan peribadinya rapat-rapat daripada tatapan umum.
Memetik artikel Murai, perceraian ibu dan bapanya menyulitkan lagi kehidupan Lily. Dia segera hilang dari media sosial dan membuat peminatnya tertanya-tanya. Sehingga kini, gadis itu tidak begitu aktif dalam media sosial.
https://www.instagram.com/p/_2NrVbDp2I/
Lily Sastry dikhabarkan tidak mahu menggunakan nama belakang ayahnya, Atkinson sejak ibu bapanya bercerai pada tahun 2015 kerana kesal melihat bapanya berhubungan dengan seorang gadis yang lebih muda 30 tahun.
Lama menyepi, akhirnya Lily mula berani tampil di khalayak ramai pada 2018 semasa mengeluarkan album muzik baru. Kerjayanya disokong oleh Rowan Atkinson dan hubungan dua beranak itu dilaporkan semakin jernih.