Home Video Anak Sebak Lihat Reaksi Bapa Makan Berseorangan

Anak Sebak Lihat Reaksi Bapa Makan Berseorangan

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok shafizashafi, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan rakaman Cctv yang disiarkan oleh anak kepada lelaki tersebut. Dikatakan beliau berasa sebak apabila melihat ayahnya sedang makan dalam keseorangan di rumah. Beliau juga mengatakan bahawa ibunya sudah meninggal dunia serta berasa sayu selepas melihat keadaan ayahnya itu. Pemilik video klipi ini juga meluahkan rasa rindu kepada arwah, dan mengundang sebak.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 12 29 205237
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak apabila melihat reaksi bapanya yang sedang makan berseorangan di meja makan. Ada juga yang meminta anaknya untuk kerap berjumpa dengannya serta menemani si bapa jika mempunyai masa terluang.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 366.6K penonton, 29.3K sukaan dan 552 komen.

Baca lagi: Mak Ayah Pergi Umrah, Projek Kemas Rumah Anak Menantu Raih Perhatian

Baca lagi: Rakaman X-Ray Tunjuk Usus Anak Tersumbat, Ibu Bapa Dinasihatkan Untuk Peka Dgn Keadaan Anak

Lihat klip durasi pendek reaksi bapanya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@nrmznh: kalau pasal ayah ni kan rasa cepat jee sebak, sedihh

@..: Kakkkk sedih la selalu selalu balik jenguk ayah tau. Bawak cucu datang umah atok. Takleh la tengok camni

@Ana: Hargailah selagi ada..arwah Ayah, arwah mak dah takde, ni skrg suami pulak tinggalkan saya dlm keadaan mcmni..Allah beratnya ujian..

@drnimh: Jaga Ayah baik² tau. Hargai Ayah selagi ada, berbakti selagi mampu #rinduAbah

@Nuyrul: rindu arwah abah. skrg rumah sunyi. mak pun dah xsemangat nk masak sejak abah takde. rinduuu ssgt allah

@DayahYusoff: sedihnya… saya bru kehilangan mak minggu lepas.. ayah tidur pun sorok kain batik mak bawah bantal

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram