Home Artis Korea Anda Peminat Lee Moo Saeng? Ini 4 Drama Thriller Menarik yang Dibintanginya

Anda Peminat Lee Moo Saeng? Ini 4 Drama Thriller Menarik yang Dibintanginya

0

Berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon sejak tahun 2005 lagi, Lee Moo Saeng telah membintangi banyak filem dan juga drama Korea dengan pelbagai jenis genre. Filem pertama yang dibintanginya bertajuk See You After School.

Kini, jejaka yang dilahirkan pada 10 Mei 1980 ini kerap membintangi drama Korea. Terbaru selain drama thriller “Hide”, Lee Moo Saeng kembali menyapa para peminat setianya melalui drama terbaru yang bergenre thriller iaitu Blood Free yang kini boleh strim di Disney+.

Berikut dibawah ini adalah empat drama Korea thriller yang dibintangi oleh Lee Moo Saeng.

 

1. Designated Survivor: 60 Days (2019)

Lee moo saengDesignated Survivor: 60 Days merupakan drama remake dari siri Amerika yang pernah meletup di Netflix pada tahun 2019. Walaupun mempunyai jalan cerita yang sama, namun dikemaskan dengan cara berbeza mengikuti budaya dan politik di Korea Selatan. Designated Survivor versi Korea menampilkan cerita tentang permusuhan politik di semenanjung Korea yang memisahkan dua negara, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan.

Baca lagi: 11 Kdrama Bertemakan Politik dan Perebutan Kuasa, Kisah Tikam Belakang

2. Maestra: Strings of Truth (2023)

IMG 3130Lee Moo Saeng membawa watak sebagai Yoo Jeong Jae dalam drama garapan Kim Jung Kwon ini. Maestra: Strings of Truth mengisahkan tentang Cha Se Eum (Lee Young Ae), seorang pemain biola yang menjadi konduktor orkestra. Hasil usahanya, dia berjaya mencapai jawatan yang membuatkan ramai orang iri hati kepadanya. Tidak ada yang tahu, Cha Se Eum menyimpan rahsia yang sangat mengganggu hidupnya. Sementara itu, ada banyak kes misteri yang terjadi dalam pasukan orkestranya. Cha Se Eum memutuskan untuk menyiasat kes misteri tersebut.

Baca lagi: Bintang Utama Maestra: Strings of Truth Derma RM200,000 Kepada Palestine, Lee Young Ae Sedih Melihat Penderitaan Kanak-Kanak

3. Hide (2024)

IMG 3131Hide telah ditayangkan secara perdana pada 23 Mac 2024. Drama ini mengisahkan tentang Na Moon Young (Lee Bo young) yang kehilangan suaminya, Cha Sung Jae (Lee Moo Saeng). Cha Sung Jae tiba-tiba menghilang secara misteri. Moon Young mencari suaminya dan berusaha untuk mengungkap rahsia disebalik kehilangan lelaki itu. Sementara itu watak yang bernama Do Jin Woo (Lee Min Jae) sebenarnya watak penting yang memegang kunci tentang rahsia kehilangan Cha Sung Jae.

Baca lagi: Kdrama Hide: Mengapakah Lee Mu Saeng Menghilangkan Diri Tanpa Jejak? Ini 3 Sebabnya

4. Blood Free (2024)

IMG 3132Blood Free merupakan drama Korea thriller terbaru lakonan Lee Moo Saeng yang ditayangkan secara perdana pada 10 April 2024. Drama ini mengisahkan tentang Yoon Ja Yoo (Han Hyo Joo) yang mendirikan syarikat yang dikenali sebagai BF bersama On San (Lee Moo Saeng). BF ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan daging tiruan hasil manipulasi genetik. Daging tersebut berjaya mendominasi pasaran dan syarikat BF meraih banyak keuntungan. Namun, usaha Yoon Ja Yoo tidak berjalan dengan lancar. Ada banyak masalah yang perlu dihadapi olehnya.

Demikian sahaja empat pilihan drama Korea bergenre thriller yang dibintangi oleh Lee Moo Saeng. Jangan lupa untuk menonton drama terbarunya ya!

Baca lagi: ‘Chief Detective 1958’ Memecahkan Rekod MBC, Dengan Rating Dua Digit
Baca juga: 4 Watak dalam Blood Free yang Menimbulkan Kesangsian dan Syak Wasangka, Ada Niat Tersembunyi?