Home Entertainment Angelina Jolie Mungkir Janji Menjual Harta Kesayangan Brad Pitt

Angelina Jolie Mungkir Janji Menjual Harta Kesayangan Brad Pitt

0

Angelina Jolie dan Brad pitt masing-masing kini sedang berperang besar di mahkamah. Sesi perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan sering menjadi tumpuan dunia.

61E257C4 2430 4080 B7E7 FCDDF88BBA9D

Selepas pasangan ini memulakan proses penceraian, bermacam kisah rumah-tangga dan rahsia sulit mereka dipertontonkan kepada umum. Tidak boleh lari lagi kerana mereka berdua adalah antara figura masyarakat yang berpengaruh di dunia.

Kini kisah berebut harta dan saling menyalahkan pula berlaku, biasalah semasa sayang segalanya wangi, apabila berpisah semuanya menjadi benci.

Antara perjanjian paling penting yang sewajarnya dipatuhi oleh mereka adalah berkaitan dengan perjanjian berkenaan hartanah yang mereka miliki bersama.

31BBB985 0EF8 4658 A085 9CB4C491E71B

Mereka berdua semasa masih dalam perkahwinan, sama-sama memiliki sebuah hartanah mewah berupa kebun anggur untuk pembuatan wain khamar. Hartanah mewah itu berlokasi di Perancis dan digelar sebagai Chateau Miraval yang dianggarkan bernilai lebih kurang $164 juta.

Pasangan yang dahulunya terlihat paling bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain ini telah bersetuju untuk memiliki pemilikan sama rata untuk hartanah tersebut.

5932CF99 1D4F 4C72 BBE0 2287A539A56D

Sekiranya salah seorang daripada mereka mahu menjual bahagian mereka dalam hartanah tersebut, mereka perlu bersama-sama membuat perbincangan terlebih dahulu dan tidak boleh sewenang-wenangnya menjual bahagian mereka tanpa pengetahuan satu pihak lagi.

Brad Pitt diberitakan tidak mahu menjual hartanah tersebut kerana pelakon itu mahu meninggalkan hartanah mewah itu sebagai harta peninggalan buat anak-anaknya kelak.

Hartanah tersebut sepatutnya menjadi milik anak-anak mereka kelak, namun Angelina Jolie tanpa rasa bersalah dan tanpa berbincang dengan bekas suaminya itu terlebih dahulu telah menjual sebahagian dari Chateau Miraval kepada orang-orang berpengaruh dari Rusia.

Menurut laporan, pelakon wanita jelita tersebut telah menjual hartanah tersebut kepada Tenute del Mondo, yang merupakan sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh Stoli Group yang dimiliki oleh Yuri Shefler iaitu seorang billionaire berpengaruh dari negara Rusia.

Angelina Jolie telah memfailkan penceraian terhadap Brad Pitt pada 19 September 2016. Berita penceraian ini mengejutkan dunia kerana pasangan ini telah bersama-sama hidup bersama selama 11 tahun dan baru sahaja berkahwin selama 2 tahun. Angelina Jolie menyatakan bahawa penceraian itu terpaksa diteruskan demi kebahagiaan keluarganya sendiri.

Kini mereka masih lagi berbalah di mahkamah dengan pelbagai tuntutan dan saman menyaman antara satu sama lain. Perbicaraan masih berjalan, diharapkan keduanya Angelina Jolie dan Brad Pitt dapat mencapai kata putus supaya masing-masing boleh menarik nafas lega dan hidup dengan lebih tenang.

Baca Lagi: Titanic Ditayangkan Semula Sempena Ulang Tahun ke-25 dalam 3D 4K HDR!

Baca Juga: Will Smith Kembali Dengan Projek Bad Boys