Home News Anjing Diseret Lori, Tak Sangka Pemandu Lori Sanggup Buat Macam Ni

Anjing Diseret Lori, Tak Sangka Pemandu Lori Sanggup Buat Macam Ni

0

Tak Sangka pemandu lori sanggup ikat rantai dan buat anjing diseret di atas jalan raya. Seekor anjing liar telah diseksa dengan kejam apabila seorang pemandu lori menyeretnya di atas jalan di Serdang Jaya baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian pemilik Instagram yang bernama Salehatul Khuzaimah M.Ali telah mengongsikan gambar yang menunjukkan seekor anjing berwarna hitam dalam keadaan terbaring dan berantai telah diseret pemilik sebuah lori di atas jalan raya dengan kejam.

“Tidak dapat dipastikan sama melalui gambar ini anjing tersebut masih hidup atau pun sudah mati ketika ini…” – Katanya

“Saya juga tidak pasti perbuatan ini disengajakan atau tidak, saya cuba nak bersangka baik mungkin tidak perasan anjing itu diikat tetapi perbuatan sebegini sememangnya tidak boleh diterima…” – Luahnya lagi

Salehatul turut menggesa orang ramai supaya membuat aduan dan laporan kepada pihak polis dan Jabatan Perkihdmatan Veterinar atau Lembaga Kebajikan Haiwan jika terdapat maklumat berkenaan anjing tersebut atau mana-mana kejadian yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan tersebut.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.