Home Movie Ankur Arora Murder Case Kisah Benar Tentang Doktor Menganggap Dirinya Tuhan

Ankur Arora Murder Case Kisah Benar Tentang Doktor Menganggap Dirinya Tuhan

0

ANKUR ARORA MURDER CASE adalah sebuah filem diterbitkan oleh Dhanraj Films & ASA Productions & Enterprises Limited, ia mengfokuskan tentang drama “Kecuaian Perubatan” pertama Bollywood yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar.

6268AEBF D24B 4704 BAED 9100AE524E3E

Terdapat banyak kes di mana pesakit terpaksa meninggal dunia kerana kecuaian doktor seperti yang ditunjukkan dalam filem ini dan disini pengarah Suhail Tatari menyindir doktor tersebut melalui salah satu kes dimana pembunuhan yang boleh dielakkan dilaksanakan oleh seorang doktor yang menganggap dirinya sebagai Tuhan.

Ya bagi sesetengah masyarakat, mereka menganggap Doktor yang menyelamatkan jiwa manusia adalah Tuhan tetapi perbuatan itu membawa kita ke aspek lain dari penyelamat hidup ini.

Objektif kes ini dijadikan diilhamkan dalam sebuah filem tidak lain kerana ingin membuka mata masyarakat dan pihak berwajib agar kes sedemikian tidak seharusnya dipandang remeh dan ingin mewujudkan satu panduan menangani isu sosial dalam kecuaian bidang perubatan.

  • Kematian & penderitaan akibat Kecuaian Perubatan adalah satu jenayah dan penjenayah tidak boleh terlepas daripada hukuman
  • Kematian di Teater Operasi kerana kecuaian adalah Pembunuhan yang jelas
  • Bukan sahaja orang miskin, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa Kecuaian Perubatan baik yang kaya, terkenal atau berkuasa. Mereka mungkin adalah seseorang yang tinggal berdekatan atau ia juga boleh berlaku kepada diri kita dan keluarga kita sendiri!

Seperti dalam kes Ankur Arora ini, kanak-kanak malang itu disahkan mengalami sakit perut ringan yang kemudiannya menjadi mangsa ketamakan dan kecuaian salah seorang pakar bedah terkenal Dr Asthana (lakonan Kay Kay Menon).

83A0DFBA 7073 42F0 92E5 F2AC3E94AC00

Puncanya bermula apabila Ankur Arora yang sepatutnya berpuasa sebelum masuk ke bilik pembedahan telah memakan beberapa keping biskut tetapi tanpa menjalani pemeriksaan susulan sebelum pembedahan, doktor meneruskan juga pembedahannya.

Persoalannya, adakah bahaya menjalani pembedahan pada perut yang tidak kosong? 

Jawapannya, YA IA BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA PESAKIT.

DBF7597F 83D9 4F00 80D1 3009513AC4C9

Bahaya yang paling biasa untuk mempunyai makanan di dalam perut semasa pembedahan adalah aspirasi (apabila makanan di dalam perut dimuntahkan semasa pesakit tidak sedarkan diri dan lumpuh akibat anestetik). Ia kemudiannya memasuki paip angin dan memasuki paru-paru menyebabkan sesak nafas yang boleh menyebabkan radang paru-paru atau kematian.

Adakah ia boleh dikaitkan dengan kecuaian perubatan apabila doktor mengetahui bahawa perut tidak kosong dan masih menjalani pembedahan?

Menurut seorang Pentadbir Hospital, sekiranya doktor mengetahui keadaan pesakit dan tidak membatalkan pembedahan maka ia dianggap cuai di pihak doktor. Mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab doktor untuk bertanya kepada pesakit bahawa mereka telah makan apa-apa, sama ada mereka mengalami sebarang alahan dan kebanyakan pembedahan dibatalkan atas sebab ini.

D62A1390 7911 4C00 AA4D E608F0E2F8CE

Berbalik kepada ulasan filem Ankur Arora Murder Case (2013) ini, bayangkanlah seorang ibu harus menyaksikan anak kecilnya dibawa ke bilik pembedahan namun setelah itu anaknya tidak pernah kembali lagi.

AAD4818B C31C 41C8 BCA7 DA249B440867 6BFF5C9A AAB7 4E62 A195 7FCB807214F1

Dr Asthana (Lakonan Kay Kay Menon), merupakan seorang pakar bedah yang terkenal disebuah hospital bertaraf 7 bintang. Dia dianggap sebagai seorang doktor yang sangat sombong dan angkuh kerana kredibiliti dan namanya yang dikenali.

Bagaimanapun ramai doktor pelatih yang mengagumi kredibilitinya dan ingin menjadikan Dr Asthana sebagai model dan teladan untuk menjadi doktor yang berjaya kelak.

67168122 2E3B 442C BFF5 6343D0A1895A

Namun, kerana satu kecuaian Dr Asthana sehingga meragut nyawa seorang anak kecil, dia sanggup memutar belit kenyataan laporan perubatan anak kecil itu bagi menutup kesalahannya.

Bukan itu sahaja, dia juga dengan bangganya memberitahu doktor-doktor praktikal yang “Perubatan bukan tentang kesembuhan dan menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjana pendapatan! Siapa yang akan bayar bil hospital kalau tiada yang mampu membayarnya?? Sudah tentu orang kaya kan!!” Dia malah menyamakan dirinya seperti TUHAN dengan berkata, “I AM A GOD!”.

Begitulah kata-katanya yang penuh dengan keangkuhan dan tidak berasa bersalah langsung!

Filem yang selayaknya ditonton apatah lagi ia berdasarkan dari peristiwa sebenar. Penuh emosi, sedih, pilu, menyayat hati!

1E576669 2256 4CC9 9FA1 3B1E4883D824

Terutama babak diantara si ibu dan anak lelakinya yang sudah tidak bernyawa lagi dan babak-babak dimana salah seorang doktor junior mendapati ada kejanggalan dengan laporan perubatan Dr.Asthana.

233278FA 7C46 43E7 A24A 8CFDAE432164

A887C039 48EE 4C66 85E8 BB8588F1B750

Babak-babak yang penuh drama di dalam mahkamah juga menjadi tarikan kepada filem ini.

78A9CB99 B417 4E42 8833 1D492B57D34F C14CDFF8 FFE5 4BD8 B018 7974521DE538Kisah ini juga memberi pengajaran kepada semua insan yang berada di bidang perubatan bahawa mereka wajib dan mesti bersikap jujur dalam setiap tindakan kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Apapun, cukup mengagumkan dan rasa hormat sangat kepada doktor intern dalam filem ini yang tidak “menegakkan benang yang basah” sehingga sanggup mempertaruhkan masa depan kerjayanya mereka, semua demi kebenaran.

Baca Lagi: The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat

Baca Juga: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri