Pada 19 November KST, Anna memaklumkan kepada orang ramai melalui media sosialnya bahawa dia kini dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan untuk kanser. Dalam kapsyen itu, dia menamakan dan mengucapkan terima kasih kepada semua doktor serta ahli keluarganya yang telah merahsiakan perkara ini.
“Saya tidak begitu baik dalam meluahkan perasaan saya, tetapi anda semua telah membuatkan saya menerima ini dengan yakin. Tidak sekali pun saya merasa kehilangan. Dengan pengalaman dan hati yang baik, saya berasa bahagia.
Dan kepada anda, yang terus menyayangi keluarga saya walaupun saya kurang berkomunikasi: Saya memohon maaf kerana saya banyak mendiamkan diri. Saya fikir perkara ini memerlukan banyak perkara daripada saya, dan mungkin saya tidak dapat mengekalkan penampilan yang ceria… perkara terakhir yang saya mahu, ialah mempengaruhi anda secara negatif.
Tetapi saya silap. Saya gembira. Sangat gembira.
Saya akan bercakap lebih lagi lepas ini. Tapi terima kasih kerana setia bersama kami selama ini. Saya berjanji akan lebih jujur.
Ketepikan radioterapi, mari kekalkan fikiran yang kuat! Saya tidak mahu mengecewakan semua orang yang telah bekerja keras untuk memastikan saya terus hidup:D
Jika anda atau orang yang disayangi sedang bertarung dengan sel-sel penjenayah yang ganjil itu (kanser), saya menghantar kasih sayang dan tenaga yang baik kepada anda”
Berdasarkan kapsyen tersebut, nampaknya Anna sedang mencuba sedaya upaya untuk kekal optimistik yang mungkin sementara menunggu untuk menerima radioterapi dan rawatan tambahan. Dalam saluran media, netizen meninggalkan banyak komen untuk menyokong perjalanannya untuk pulih sepenuhnya.
Untuk pengetahuan Anna Park ialah isteri kepada Park Joo Ho dan ibu kepada tiga anak mereka daripada program KBS, ‘Superman is Back.’ Kami mendoakan pemulihan dan kesejahteraan beliau sepenuhnya!
Baca lagi: Viral Rakaman Suara CEO Agensi Lee Seung Gi Ugut Untuk Membunuhnya
Sumber: [1]