Home Entertainment Antara Dr Romantic 3 & Dr Cha, Yang Mana Pilihan Anda?

Antara Dr Romantic 3 & Dr Cha, Yang Mana Pilihan Anda?

0

Dr. Romantic 3 (2023) dan Dr. Cha (2023) adalah dua drama siri kedoktoran yang sedang ditayangkan kini. Kedua-dua drama siri ini mempunyai peminat tersendiri.
Sedang hangat dibandingkan, anda rasa drama siri kedoktoran mana yang lebih menarik untuk ditonton? Jom sama-sama kita lihat perbezaan antara Dr. Romantic 3 (2023) dan juga Dr. Cha (2023) seperti yang di bawah ini:

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Kisah doktor di Hospital Doldam vs Hospital Universiti Gusan

aca2b0c1 3879 4b46 b154 3c01c7f02a4fDr. Romantic 3 (2023) menampilkan kisah para doktor, sister, jururawat dan pesakit di Hospital Doldam. Drama siri tersebut bukan hanya berputar membahaskan tentang watak Kim Sabu sahaja, tetapi hampir semua tenaga medikal di Hospital Doldam.

Berbeza pula dengan drama siri Dr. Cha (2023) yang lebih fokus mengenai Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa). Dr. Cha (2023) mengisahkan tentang Cha Jeong Suk, iaitu isteri kepada Seo Im Ho (Kim Byung Chul) yang merupakan ketua pakar bedah di Hospital Universiti Gusan. Setelah sembuh dari penyakitnya, Cha Jeong Suk bertekad untuk menyambung semula karier sebagai seorang doktor yang telah terhenti selama 20 tahun. Kini dia mendaftar sebagai seorang doktor pelatih pada usia 46 tahun.

2. Dr. Romantic kini sudah mempunyai tiga musim, sedangkan Dr. Cha baru musim pertama

a9f0252c 9a54 4b43 b784 20279e528309Dr. Romantic 3 (2023) masih menjadi drama yang dinanti-nantikan oleh para penonton dan peminat setianya. Dua musim sebelumnya juga sangat berjaya, baik di Korea Selatan mahupun di peringkat global.

Berbeza dengan Dr. Cha (2023) yang baru sahaja menayangkan musim pertama pada tahun ini. Walaupun begitu, drama siri ini cukup mencuri perhatian dan mula mengumpul peminat tersendiri.

3. Dr. Romantic 3 menarik tapi plot agak berat, sedangkan Dr. Cha penuh komedi

479c4e13 67da 48a5 a9a4 f1e68ffb41edDr. Romantic 3 (2023) dan Dr. Cha (2023) masing-masing menonjolkan genre komedi. Tetapi kedua-dua drama siri ini mempunyai penceritaan yang berbeza.

Drama siri Dr. Romantic 3 (2023) memang berjaya membuatkan para penonton ketawa terbakah-bahak untuk beberapa adegan komedi. Selain itu, banyak juga adegan yang menampilkan suasana tegang yang akan penonton saksikan untuk musim ketiga ini.

Berbeza dengan Dr. Cha (2023) yang menampilkan jalan cerita lebih segar dan sememangnya penuh komedi. Drama siri ini tidak akan membuatkan para penonton berteka-teki tentang teori demi teori. Sesuai untuk anda yang sedang ingin melepaskan penat!

4. Bakal lebih banyak kes unik dalam Dr. Romantic 3, sedangkan Dr. Cha fokus mengenai slice of life setiap karakter

303b503e 79e9 4bf1 8a2e f245f56337d9Kita bakal menyaksikan banyak kes perubatan yang unik dan menarik dalam Dr. Romantic 3 (2023). Lebih-lebih lagi Kim Sabu berhasil mendirikan Pusat Servis Trauma. Pada dua musim sebelumnya, kes yang ditampilkan sudah cukup menarik, walaupun drama siri tersebut hanya berlatarkan sebuah hospital yang kecil.

Berbeza dengan Dr. Cha (2023) yang lebih fokus terhadap slice of life setiap watak. Drama siri ini menampilkan perjuangan Cha Jeong Suk untuk menguruskan diri sendiri, keluarga, dan para pesakitnya yang mempunyai bermacam ragam.

5. Dr. Romantic 3 lebih banyak menampilkan adegan pembedahan dan penyelamatan pesakit jika dibandingkan dengan Dr. Cha

c1c2434a e055 4fe9 bbbb 67e2e59ce509Sejak episod pertama, Dr. Romantic 3 (2023) sudah menampilkan adegan pembedahan yang ditunjukkan secara jelas. Penonton akan menyaksikan ruang bilik bedah yang penuh darah hingga dan juga organ tubuh badan.

Selain itu, akan ada banyak adegan penyelamatan di lapangan jika kita amati dari trailer yang telah dilepaskan. Di dua musim sebelumnya, drama ini juga menampilkan beberapa adegan sewaktu Kim Sabu, Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop), dan Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) menyelamatkan pesakit di lapangan.

Manakala, Dr. Cha (2023) memang menampilkan adegan pembedahan dan penyelamatan pesakit, tetapi tidak ditunjukkan secara jelas dan terperinci. Drama siri ini lebih fokus menampilkan usaha Cha Jeong Suk merawat para pesakitnya.

6. Jadi, drama siri perubatan dan kedoktoran yang mana satukah menjadi pilihan anda?

80fa4115 57ef 448f be24 68c8fa9dd73dDr. Romantic 3 (2023) dan Dr. Cha (2023) mempunyai kelebihan masing-masing. Selain itu, kedua-duanya juga sangat sesuai ditonton bagi anda yang sukakan drama bertema yang bertemakan perubatan dan kedoktoran.

Bagi anda yang lebih gemarkan drama slice of life, seperti Hospital Playlist, maka Dr. Cha (2023) adalah pilihan yang tepat. Anda akan disajikan dengan kisah para doktor dan kehidupan perinadi mereka. Warna jalan cerita yang segar juga dijamin akan membuatkan anda tersenyum puas!

Sedangkan Dr. Romantic 3 (2023) sangat sesuai bagi anda yang sukakan drama siri yang lebih tegang dan lengkap dengan aksi penyelamatan. Tentu sahaja penonton setia Dr. Romantic sejak musim pertama akan menikmati drama tersebut.

Jadi, anda akan menonton kedua-dua drama on going ini sekaligus? Atau adakah anda memilih untuk menonton salah satu darinya sahaja?

Baca Lagi: 9 Fakta Kdrama Aksi Superhero “Moving” 4 Ogos Ini

Baca Juga: 11 Cabaran Watak Cha Jeong Suk Sebagai Suri Rumah Dalam “Dr Cha”