Dalam dunia selebriti, dunia hiburan dan dunia yang serba glamour, pasangan selebriti yang berjaya mempertahankan perkahwinan bertahun lamanya tanpa berpisah dan bercerai dianggap sebagai lagenda kerana mereka berjaya menepis segaa rintangan dan dugaan sepanjang menempuh dunia yang penuh dengan godaan. Pasangan-pasangan selebriti ini bukan sahaja mampu menepis godaan luar, malahan berjaya hidup dengan bahagia bersama-sama sedangkan jadual mereka amat padat sebagai anak seni.
Tidak dinafikan ramai artis dan selebriti yang tidak berjaya mempertahankan perkahwinan mereka kerana kekangan masa akibat kerjaya yang sedang memuncak, tidak kurang juga dengan kes curang dan makan hati. Artis dan selebriti juga manusia biasa seperti kita, tidak terlepas dengan dugaan hidup dan segala macam masalah. Siapa sahaja yang tidak mahu bahagia dengan pasangan masing-masing yang telah dinikahi dan dipilih sendiri dengan penuh kasih sayang.
Industri Hollywood terutamanya menyaksikan bintang datang dan pergi. Bintang yang kekal dan masih relevan tetap teguh bertahan sampai ke hari ini. Begitu juga dengan kisah perkahwinan dan perceraian artis-artis Hollywood yang sering menjadi tumpuan dunia. Pasangan yang terlihat paling romantis dan bahagia tiba-tiba mengumumkan penceraian dan menggegarkan dunia.
Sebagai contoh pasangan dua sejoli Angelina Jolie dan juga Brad Pitt, siapa sangka pasangan masyhur dan ternama itu tidak dapat bertahan lama setelah mendirikan rumah tangga. Walau banyak kisah sedih, cinta putus di tengah jalan dan pelbagai kedukaan, selebriti antarabangsa juga ada yang hidup bahagia sampai ke usia tua bersama pasangan masing-masing. Mereka ini adalah pasangan sehati sejiwa yang pastinya saling menyayangi antara satu sama lain.
Antara pasangan selebriti yang dilihat sebagai soulmate paling bahagia adalah:
1) KEITH URBAN & NICOLE KIDMAN
Setelah 15 tahun bersama, pasangan bahagia ini dikurniakan 2 orang cahaya mata. Nicole Kidman bertemu jodoh dengan pemuzik Australia iaitu Keith Urban dan mereka kekal bersama sehingga kini. Mereka bertemu pada tahun 2005 dan melangsungkan perkahwinan pada tahun berikutnya. Keith pernah menghadapi masalah ketagihan dan sekaligus memberi impak kepada perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, sokongan kuat Nicole Kidman telah mengeluarkan Keith dari lembah kehancuran. Mereka kini masih bahagia bersama-sama, membina kehidupan berkeluarga.
2) PIERCE BROSNAN & KEELY SMITH
Sebelum mengahwini Keely Smith, Pierce Brosnan sudah menikahi Cassandra Harris selama 11 tahun. Tapi malangnya isteri pertamanya itu telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Pierce Brosnan mengahwini Keely Smith pada tahun 1994 iaitu setelah beberapa tahun isterinya meninggal. Keely Smith membantu pelakon lagenda itu menghadapi cabaran paling sukar dalam hidupnya. Pierce Brosnan memiliki seorang cahaya mata bersama isterinya yang terdahulu dan dia telang menjadikan dua orang anak Keely Smith dengan perkahwinan terdahulu sebagai anak angkat. Kini mereka masih bahagia hidup bersama-sama.
3) JON BON JOVI & DOROTHEA HURLEY
Bintang rock tersohor ini telah mengahwini kekasihnya sejak zaman sekolah iaitu Dorothea Hurley pada tahun 1989. Mereka bertahan selama berdekad lamanya sebagai pasangan suami isteri yang saling mencintai. Pasangan ini memiliki 4 cahaya mata bersama-sama.
4) HUGH JACKMAN & DEBORRA- LEE FURNESS
Pada tahun 1996, pelakon terkenal Hugh Jackman mengejutkan para peminat apabila dia mengahwini Deborra-Lee Furness yang lebih tua 13 tahun darinya. Sangat ramai peminat yang tidak berpuas hati kerana isteri Hugh Jackman itu dianggap terlalu tua buatnya, mereka bukan sahaja bercerita tentang umur Deborra, tetapi turut mengejek bentuk tubuh dan rupa wanita tersebut. Walau pelbagai tomahan dilemparkan, Hugh Jackman tetap setia bersama isterinya sehingga ke hari ini. Aktor kacak itu juga sering memuja dan memuji isteri kesayangannya di laman instagram miliknya.
Baca Lagi: Ibu Muda Melahirkan 12 Anak 12 Tahun Berturut-Turut!!
Baca Juga: Kisah Kehidupan Dan Tragedi Di Sebalik “American Sniper”