Baru-baru ini kumpulan gadis Purple K!ss, kumpulan adik kepada MAMAMOO telah kembali dengan album mini ke-5 mereka, “Cabin Fever,” dan lagu utama “Sweet Juice,” pada 15 Februari 2023.
Ramai peminat membangkitkan rasa kebimbangan mereka mengenai kesihatan gadis itu, kerana, kumpulan itu membuat koreografi berat tanpa pelindung lutut untuk kemunculan semula kali ini.
Ramai peminat dan netizen perasan kesan lebam pada lutut gadis itu jelas kelihatan, dan dalam gambar promosi persembahan INKIGAYO mereka, dua ahli dilihat dengan plaster di lutut mereka.
Kesan lebam itu terus membimbangkan peminat, kerana gadis-gadis itu terus melakukan koreografi yang susah di lantai tanpa sebarang alat keselamatan di lutut.
Peminat bimbang akan ada lebam lain dan kemungkinan kecederaan lain yang akan menyusuli kumpulan itu tidak lama lagi semasa tempoh promosi ini jika agensi tidak melakukan sebarang perubahan atau baik pulih kepada tarian itu.
My god, their knees… That choreo is BRUTAL https://t.co/RgDCzi9Rrd
— 팟 pat | semi-ia (@iyongina) February 18, 2023
Baca lagi: Deretan Teman Wanita Leonardo Dicaprio
Baca lagi: Fakta Menarik Tentang Hyun Bin
Sumber: [1]