Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok kpdn_perak, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Berbekalkan fakta itu, hampir semua kedai runcit yang berdiri di atas tanah air bertuah ini pasti menjual beras. Malah, pilihan yang ditawarkan juga pelbagai. Ada beras import, tempatan, perang, wangi dan juga beras panjang.
Jika kita membeli-belah di pasar raya besar, ada satu seksyen khas disediakan untuk beras. Di bahagian tersebut, pilihlah beras yang anda mahu kerana semua jenis beras ada dijual. Daripada yang paling murah hingga yang paling mahal, semua ada.
(Gambar hiasan)
Tidak kisah apa jenama sekali pun, setiap rekaan bungkusan beras mesti memiliki bahagian berwarna pada bahagian bawah bungkusan tersebut.
Anda juga dapat melihat ‘bahagian berwarna’ ini dengan jelas menerusi katalog-katalog pasar raya. Antara warna yang sering dilihat adalah seperti warna ungu dan warna biru muda.
Baca lagi: Beras Berulat Disimpan Dua Bulan Disyaki Terkena Air Tarik Perhatian Netizen
Baca lagi: 14 Jam Beratur Demi Dapatkan Kunafah Aiwahh, Sekali Pemilik Kedai Tampil Beri Penjelasan
Lihat juga klip durasi pendek cara kenali jenis-jenis beras di pasaran Malaysia:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Setiap Warna Label Pada Bungkusan Beras Melambangkan Jenis Beras Yang Dijual Dalam Pasaran Di Malaysia
Pegawai KPDN yang dikenali sebagai Encik Anuar memberitahu bahawa setiap warna pada label bungkusan beras ini mewakili jenis beras yang dijual di pasaran runcit.
Pertama sekali, beliau menunjukkan bungkusan beras bagi beras putih tempatan. Bagi beras jenis ini, warna label bungkusan yang digunakan adalah berwarna ungu.
Seterusnya, Encik Anuar beralih pada bungkusan beras yang menggunakan label berwarna biru muda. Jelasnya, label berwarna biru muda menunjukkan bahawa beras tersebut merupakan beras import.
Ada satu lagi jenis beras putih yang ditawarkan dalam pasaran namun mungkin orang ramai jarang-jarang membelinya. Beras tersebut adalah beras wangi dan harganya juga premium berbanding beras putih yang lain. Bahi beras ini, kod warna yang digunakan adalah warna merah jambu.
Akhir sekali, bagi beras istimewa seperti beras basmathi dan sebagainya, warna label yang digunakan adalah berwarna jingga.
Menurut Encik Anuar, antara semua kenis beras yang dijual dalam pasaran, hanya harga beras putih tempatan yang dikawal harganya.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang, Tiktok dan Instagram