Home Entertainment Apa Sudah Jadi Dengan Badan IVE Jang Wonyoung? Sangat Merisaukan!

Apa Sudah Jadi Dengan Badan IVE Jang Wonyoung? Sangat Merisaukan!

0

IVE Jang Wonyoung terus membimbangkan orang ramai selepas gambar baharu ahli IVE itu tersebar di media sosial.

Jang Wonyoung telah mengambil bahagian dalam program survival Mnet Produce 48, dan dia telah memenangi tempat pertama sekali gus berjaya membuat debut sebagai ahli IZ*ONE.

Internautas hablan sobre la gran diferencia de altura de Won Young y Nako  de IZ*ONE - KetizenStars

Jang Wonyoung ketika menjadi ahli IZ*ONE (Kiri)

Kini dia merupakan ahli IVE dan telah menjadi bualan media sosial kerana wataknya yang seakan- akan puteri, visual yang menawan dan kerana ketinggiannya yang luar biasa.

Tidak mengejutkan, Jang Wonyoung berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu idola K-pop yang paling popular di kalangan generasi keempat. Walaupun sudah lebih empat tahun berada dalam industri, popularitinya terus meningkat.

Who is more skinny, IVE's Jang Wonyoung or ITZY's Yuna? - Quora

Jang Wonyoung (IVE)

Walau bagaimanapun, baru-baru ini dia sekali lagi menjadi bualan orang ramai kerana tubuh badannya yang kelihatan sangat merisaukan.

Walaupun ramai yang telah jatuh cinta dengan bentuk tubuh badan Jang Wonyoung, ramai yang tidak dapat mengelak daripada menyatakan kebimbangan mereka terhadap berat badan idola itu.

Baru- baru ini, di dalam komuniti dalam talian Nate Pann, seorang netizen berkongsi beberapa foto terbaharu Jang Wonyoung.

Di dalam gambar tersebut, kaki Jang Wonyoung kelihatan lebih kecil dari sebelum ini, dan netizen menganggap bahawa idola itu sedang berdiet.

IVE Jang Wonyoung's Figure Continue to Alarm Many in Latest Photos

Bersama-sama gambar itu, netizen menulis, “Saya harap dia sihat. Saya risau.”

Dulu ketika dia masih menjadi ahli IZ*ONE, dia mempunyai pipi dan peha yang lebih berisi, tetapi sekarang ‘thigh gap’ dia kelihatan sangat ketara.

Sememangnya, netizen terus meluahkan kebimbangan mereka terhadap kesihatan Jang Wonyoung.

Artikel berkaitan: “Dia Selalu Menyusahkan Orang…” K-Netizen Geram Dengan IVE Jang Won Young?

IVE Jang Wonyoung's Figure Continue to Alarm Many in Latest Photos

Beberapa komen netizen berbunyi:

“Nampaknya mereka tidak makan dengan baik… Dia tidak seperti itu ketika menjadi ahli IZ*ONE.”

“Badan seperti itu tidak sihat tidak kira berapa banyak senaman yang anda lakukan.”

“Ini memang membimbangkan. Adakah dia tidak makan? Ini bukan komen negatif, dan saya tahu dia menguruskan dirinya dengan baik, tetapi pada ketika ini, ia agak teruk.”

“Wonyoung memang dari dulu kurus, tetapi dia tidaklah sekurus sekarang.”