Home Entertainment Apakah Pengakhiran 8 Superhero di “Webtoon Moving”?

Apakah Pengakhiran 8 Superhero di “Webtoon Moving”?

0

Nasib akhir 8 karakter protagonis di webtoon Moving, adakah semuanya selamat?

Webtoon bertajuk Moving yang dibuat oleh Kang Full telah pun dihasilkan dalam bentuk versi drama Korea, yang mana kini para peminat filem aksi superhero boleh tonton drama siri sejumlah 20 episod ini OTT Disney+.

Ceritanya memfokuskan anak-anak yang mempunyai kekuatan super di Sekolah Menengah Jeongwon dan rahsia masa lalu Yang disembunyikan oleh orang tua mereka bakal terungkap pada akhir episodnya nanti.

Dalam versi webtoon, karakter protagonis di akhir terpaksa berdepan dengan serangan dari pihak Korea Utara. Mereka marah dan berdendam terhadap apa yang telah dilakukan Korea Selatan dengan menggunakan pasukan elit yang mempunyai kekuatan super mereka di masa lalu bagi menyerang Korea Utara.

Salah seorang pengintip Korea Utara telah pun ditempatkan sebagai guru di Sekolah Menengah Jeongwon untuk mengintai generasi baru manusia berkekuatan super. Mereka menyangka pihak Selatan sedang menyiapkan serangan dengan manusia super itu. Nyawa Kim Bong Seok, Jang Hee Soo, dan Lee Kang Hoon juga terancam akibat dari serangan yang pihak Utara lakukan.

Namun, orang tua mereka yang terlibat dengan kejadian masa lalu antara pihak Utara dan Selatan berjaya mengatasi serangan tersebut. Mereka juga meleraikan persengketaan dan salah faham dari pihak Utara yang menganggap anak-anak mereka sebagai ancaman.

Berikut adalah pengakhiran nasib dari 8 karakter protagonis Webtoon Moving setelah serangan tersebut berakhir. Jom kita lihat!

Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Kim Bong Seok terpaksa hidup bersembunyi bersama ibunya. Namun keberadaan Kim Bong Seok (Lee Jung Ha) diketahui disaat dia muncul di TV ketika sedang menyelamatkan seseorang dengan kemampuan terbangnya

IMG 2960Baca juga: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam

2. Lee Mi Hyeon (Han Hyo Joo) hidup bersembunyi bersama Bong Seok. Tetapi dia juga tidak lagi melarang anaknya itu untuk menggunakan kekuatannya untuk membantu mereka Yang memerlukan

IMG 2964

Baca lagi: 5 Filem dan Kdrama Fantasi lakonan Han Hyo Joo, Wajib Tonton

3. Walaupun figura ini tak muncul, Kim Doo Shik (Jo In Sung) diyakini telah melarikan dari Korea Utara kerana terdapat satu jejak kaki di hadapan rumah Lee Mi Hyeon

IMG 2963
Baca lagi: 15 Drama dan Filem Jo In Sung, Terbaharu Superhero dalam “Moving”

4. Jang Hee Soo (Go Youn Jung) tidak lagi belajar di Universiti Olahraga. Namun, dia juga tidak pernah lagi bertemu Bong Seok sejak insiden dengan Korea Utara tersebut

IMG 2961

5. Perniagaan restoran ayam Jang Joo Won (Ryu Seung-ryong) kini sudah berjalan lancar. Dia juga merekrut satu pasukan Korea Utara yang dahulu merupakan musuhnya

IMG 2965

Baca juga: 5 Fakta Pelakon Lagenda Ryu Seung Ryong, Raksasa dalam Moving

6. Lee Kang Soo (Kim Do Hoon) mula bekerja untuk Min Yong Jun (Moon Sung Keun) dengan tujuan untuk mengembalikan martabat ayahnya

IMG 2962

7. Lee Jae Man (Kim Sung Kyun) kali terakhir dilihat hadir di upacara graduasi anaknya, Lee Kang Hoon, bersama isterinya dan nampak bahagia

IMG 2966

8. Choi Il Hwan (Kim Hee Won) tetap menjadi guru di Sekolah Menengah Jeongwon. Walaupun pada awalnya dia terlibat dengan misi rahsia dari Min Yong Jun, dia tetap melindungi para pelajarnya agar tidak terancam

IMG 2967

Masih tidak dapat diketahui bagaimana kelanjutan Lee Kang Soo yang memilih bekerja untuk Min Yong Jun dalam drama siri Moving ini. Min Yong Jun sendiri sering mempergunakan manusia-manusia super ini untuk kepentingan agensinya sendirinya.

Sementara itu, hadirnya karakter baru dalam adaptasi drama siri yang dilakonkan Ryu Seung Bum (Frank) dan Cha Tae Hyun (Jeon Gye Do) boleh sahaja mengubah nasib akhir karakter-karakter Moving.

Moving

Kita tunggu sahaja kelanjutan episod drama siri Moving ini hingga ke akhir sirinya nanti ya!

Baca lagi: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023
Baca juga: 5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti “Moving”