Baru-baru ini Yang Yoseob duduk bersembang dengan peminatnya secara siaran langsung di laman Instagram, termasuk buka kisah silamnya semasa di sekolah menegah rendah.
“Semasa sekolah dulu, saya pernah dipukul oleh pelajar lain atas alasan yang pelik.” pelantun lagu ‘Caffeine’ itu mula buka cerita.
“Saya dengan kawan-kawan main bola sepak selepas sekolah. Bila hari dah mula gelap, kami berjalan pulang. Tiba-tiba ada sekumpulan lelaki mengepung kami.”
“Mereka mengheret kami ke lain-lain tempat. Sampai di suatu tempat, mereka pukul saya macam orang gila. Saya pun tak tahulah kenapa.”
Sambung penyanyi itu lagi, “Saya sangat risaukan kawan-kawan saya. Tetapi rupanya saya je yang kena pukul. Mereka tak apa-apakan kawan-kawan saya.”
“Jadi, saya cuba cari sebab mengapa mereka pukul saya dengan teruk. Kemudian, barulah saya tahu kenapa. Tapi saya tak boleh nak ‘brain’ dengan alasannya.”
“Alasannya sebab saya ‘comel’. Saya macam, “Hah?”
“Rupanya ada seorang gadis yang geng lelaki itu kenal kata saya “cute”, manakala salah seorang lelaki yang minat dia marahlah lalu panggil kawan-kawannya untuk belasah saya.”
Ahli kumpulan ‘Highlight’ turut berkongsi perasaannya ketika itu, “Saya pun tak tahulah nak cakap apa. Macam tak boleh nak ‘otak’ lah alasan tu untuk belasah orang. Korang tahu, saya tak rasa pun ada orang nak percaya kalau saya cerita pasal benda ni.”
Sumber: SBS