Home Entertainment Artis Korea Mendermakan Hadiah Pemberian Peminat

Artis Korea Mendermakan Hadiah Pemberian Peminat

0
Menjadi seorang selebriti terkenal pasti membuatkan anda dihujani pelbagai hadiah dari segenap peminat! Begitulah juga nasib yang berlaku kepada ramai artis-artis Korea.
Sangat ramai peminat menghadiahkan mereka dengan pelbagai jenis hadiah sehingga tiada tempat untuk mereka menyimpannya. Hadiah yang paling gemar diberikan oleh peminat adalah teddy bear, anak patung dan juga kuntuman bunga.

C65255AF A7BE 4D60 9047 F61D4F2DCA84 80A27F0F 63C4 47E1 A855 CDD7673E3898

Jangan terkejut, para artis juga mendapat hadiah yang berupa beras, minyak masak dan keperluan hidup lain. Terdapat segelintir artis Korea yang menunjukkan penghargaan kepada para peminat dengan cara mendermakan hadiah mereka kepada pihak yang lebih memerlukan.
D7F9116F FB02 4BC4 BD80 446AA1658C52Perbuatan baik seperti menderma telah menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan artis Korea Selatan. Mereka begitu mengambil berat terhadap orang lain yang memerlukan bantuan. Malah ada beberapa orang daripada artis-artis ini menyumbangkan hadiah berharga dari para peminat untuk berkongsi rasa kebahagiaan dan menawarkan pertolongan kepada orang lain.
Walaupun begitu, mereka juga turut meminta maaf dan meminta supaya para peminat mengerti akan tindakan mereka mendermakan hadiah-hadiah tersebut. Para peminat kebiasaannya menyokong pilihan yang dibuat oleh artis kesayangan mereka dan mereka tahu bahawa artis-artis ini menyumbang dengan tujuan yang baik.
Baca Lagi: Lee Da In Teman Wanita dan Bakal Isteri Yang Diperlukan Setiap Lelaki
Berikut adalah senarai beberapa orang artis yang telah sudi mendermakan hadiah berharga milik mereka untuk pihak yang lebih memerlukan:
1. Bae Suzy
26A5C494 DA3C 4CFB A895 748D031748E0
Pada tahun 2015, Bae Suzy memutuskan untuk menyumbangkan sebahagian koleksi anak patung dan teddy bear miliknya ke sebuah rumah anak yatim bagi meraikan Hari Kanak-Kanak. Dia juga berharap pemberiannya itu dapat memberi kebahagiaan kepada setiap anak-anak yang memerlukannya.
Teddy bear dan anak patung tersebut sebenarnya merupakan hadiah daripada para peminat Bae Suzy buatnya. Bae Suzy meminta para peminat supaya mengerti bahawa dia mendermakan hadiah-hadiah tersebut untuk tujuan yang baik. Dia sangat percaya bahawa mereka akan memahami tindakannya tersebut.
2. Sandara Park
D971F331 E94F 45EF 8EF7 DB96CA70C7E0Pada tahun 2016, Sandara Park menyumbangkan anak patung dan teddy bear pemberian para peminat kepadanya selepas mengunjungi hospital rehabilitasi khusus untuk kanak-kanak. Dia juga ingin memberikan kebahagiaan lebih buat kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan perubatan tersebut dengan memberikan mereka anak patung dan teddy bear.
Sandara Park melakukan perkara tersebut kerana merasakan dia tidak merasa kekurangan jika mainan tersebut didermakan kerana pastinya anak patung dan teddy bear tersebut lebih bererti dan bermakna bagi kanak-kanak yang lebih memerlukan. Dia juga yakin bahawa kanak-kanak itu juga akan merasakan kasih sayang luar biasa dari peminat-peminatnya melalui pemberiannya tersebut. Sandara Park turut berterima kasih kerana peminatnya selalu memberikannya hadiah yang berharga buatnya.
3. Jang Geun Suk
EBE8F983 1CFD 4217 9BF9 89C06B42D066Pada tahun 2013, Tree-J Company mengumumkan bahawa Jang Geun Suk menerima pelbagai ucapan tahniah dan hadiah daripada para peminat dari pelbagai negara. Hadiah-hadiah tersebut diberikan untuk menyokong pelakon tersebut semasa majlis promosi untuk drama siri Beautiful Man (2013).
Antara hadiah dan pemberian yang diterima oleh Jang Geun Suk adalah beras, mapin bayi, susu, dan lain-lain. Agensi Tree-J Company mengesahkan bahawa beras sebanyak 16 tan yang diberikan itu dapat memberi makan seramai 13 ribu orang. Oleh itu, Jang Geun Suk memilih untuk menyumbangkan pemberian tersebut dengan tujuan kebaikan untuk membantu orang-orang tua yang tinggal sendirian, rumah anak-anak yatim, dan tempat-tempat lain yang memerlukan.
4. B1A4
7C920130 3E1C 42DE B084 C687CB735D95
Demi meraikan konsert pertama B1A4 pada tahun 2012, para peminat beramai-ramai telah memberikan pelbagai hadiah hadiah kepada kumpulan tersebut. B1A4 telah memilih untuk menyumbangkan semua hadiah tersebut untuk mereka yang lebih memerlukan.
Mereka memberikan 2 tan beras kepada organisasi amal pilihan, 2 tan arang dan bahan bakar untuk persediaan musim sejuk bagi orang-orang yang memerlukan, 300kg makanan haiwan ke pusat haiwan, 300 biji telur ke sebuah Food Bank, dan buah mangga untuk membantu kanak-kanak kelaparan di daerah Tonj, Sudan Selatan, melalui World Vision.
Sebelum itu, pada tahun 2011, B1A4 juga sudah melakukan perkara yang serupa. Mereka menyumbangkan hadiah 700kg beras daripada para peminat yang menyokong debut muzikal bertajuk Brothers Were Brave. Mereka juga menyumbangkan 300kg beras daripada para peminat yang hadir ke acara Hello Baby yang dibintangi B1A4.
B1A4 mengaku hanya ingin membantu mereka yang memerlukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana sahaja setiap kali mereka mendapat kesempatan untuk melakukannya. Mereka selalu membuat ramai orang kagum kerana berjaya menderma hadiah dari para peminat dan membuatnya menjadi lebih berguna dan bermakna untuk orang lain.
5. Gyuri KARA
CDBC916D 5959 48C6 BFE3 BA09FA06DD67Pada tahun 2016, Gyuri memutuskan untuk menyumbangkan beberapa teddy bear kepada kanak-kanak sewaktu menjadi sukarelawan di Filipina. Anak patung itu merupakan hadiah berharga yang dia terima daripada para peminatnya.
Gyuri meminta maaf kerana tidak meminta izin terlebih dahulu dari para peminat sebelum melakukannya. Dia percaya bahawa para peminat pun akan memahami tujuan baiknya kerana semua kanak-kanak terlihat begitu bahagia menerima sumbangan teddy bear darinya. Dia juga selalu berterima kasih kepada para peminat yang memberikan hadiah untuknya.
Artis-artis Korea Selatan yang tersenarai di atas begitu berterima kasih dan bersyukur dengan pemberian hadiah dari para peminat dan menjadikannya lebih bererti dan bermanfaat setelah mereka menyumbangkannya. Masyarakat juga sangat kagum dengan tindakan mereka yang dianggap sangat peduli terhadapa keperluan orang lain di sekitar mereka.
Baca Juga: 5 Kdrama Pilihan Kisah Remaja Sekolah