Raja Charles Ke-3 akan menaiki takhta diraja Britain secara rasmi pada 6 Mei 2023. Majlis istiadat pertabalan diraja itu dijangkakan akan berlangsung dengan gilang-gemilang pada 6 Mei ini dan jemputan telah diberikan kepada semua pemimpin dunia yang berkenaan.
Setelah terpaksa menghadapi pelbagai drama dan konflik berkaitan majlis pertabalan Raja Charles Ke-3 ini, kini keluarga diraja Britain menanggung malu lagi apabila diberitakan sederet artis antarabangsa telah menolak jemputan untuk melakukan persembahan khas sewaktu majlis pertabalan tersebut.
Tidak cukup dengan drama Putera Henry dan isterinya Meghan Markle, gosip liar mengenai kecurangan Putera William dan pelbagai kisah gelap mengenai keluarga diraja ini. Kini muncul pula kisah artis ternama yang enggan menerima jemputan untuk melakukan persembahan.
Baca Lagi: Putera William Curang?
Jarang-jarang selebriti menolak tawaran untuk melakukan persembahan pada hari penuh bersejarah seperti ini. Selebriti dan artis terkenal seperti Adele, Elton John dan Harry Styles dilaporkan telah menolak tawaran dan peluang untuk membuat persembahan pada hari pertabalan Raja Charles Ke-3 tersebut.
Selain itu nama-nama besar seperti The Spice Girls dan Robbie Williams juga turut menolak pelawaan untuk membuat persembahan. Kebanyakan artis-artis ternama ini menolak untuk memberi komen dan penerangan tentang mengapa mereka menolak untuk membuat persembahan pada hari bersejarah tersebut, wakil kepada Elton John mengesahkan bahawa penyanyi lagenda tersebut yang kini sudah berusia 75 tahun menerima jemputan untuk melakukan persembahan, tetapi terpaksa menolak kerana jadualnya yang padat dan tidak dapat dikosongkan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar (pakar analisis berkaitan keluarga diraja Britain) menyatakan bahawa kebanyakan artis menolak untuk melakukan persembahan pada hari pertabalan Raja Charles Ke-3 adalah kerana mereka tidak mahu terpalit dengan skandal-skandal yang telah meninggalkan parut hodoh ke atas keluarga diraja tersebut.
“Keluarga diraja ini sudah dicemari dengan pelbagai skandal dan gosip yang memalukan. Sesiapa sahaja yang membuat persembahan pada hari tersebut pasti perlu memikirkan kesan buruk yang perlu mereka hadapi selepas itu,” kata seorang wartawan yang bertugas untuk Little Mix yang bernama Simon Jones.
Selain itu, para artis tersebut dikatakan tidak berminat untuk melakukan persembahan pada majlis keraian tersebut kerana persembahan itu tidak akan memberi sebarang manfaat terhadap kerjaya mereka buat masa sekarang.
Terlalu banyak skandal keluarga diraja tersebut telah didedahkan oleh media sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Skandal-skandal ini membuatkan para artis merasa tidak sesuai bagi mereka untuk turut serta dalam majlis pertabalan tersebut. Menyebarkan dan mengekalkan imej yang baik adalah lebih penting buat mereka agar tidak terpalit sama dengan setiap kontroversi yang bakal muncul.
Dunia bakal menyaksikan Raja Charles Ke-3 dan isterinya Camilla Parker Bowles menaiki takhta secara sah pada 6 Mei nanti. Biarpun telah bergelar Raja Charles Ke-3 selepas kemangkatan ibunya iaitu Ratu Elizabeth, nampaknya Raja Charles Ke-3 masih belum mampu membendung skandal buruk yang melanda keluarga monarki British itu.
Dunia bakal menyaksikan Raja Charles Ke-3 dan isterinya Camilla Parker Bowles menaiki takhta secara sah pada 6 Mei nanti. Biarpun telah bergelar Raja Charles Ke-3 selepas kemangkatan ibunya iaitu Ratu Elizabeth, nampaknya Raja Charles Ke-3 masih belum mampu membendung skandal buruk yang melanda keluarga monarki British itu.
Bagaimana mungkin baginda boleh mengelak skandal apabila baginda sendiri adalah penyumbang skandal terburuk buat keluarga diraja apabila mencurangi Puteri Diana untuk bersama dengan perempuan simpanannya pada masa itu yang kini sudah menjadi permaisurinya yang sah iaitu Camilla Parker Bowles.
Baca Juga: Paris Hilton Dedahkan Dia Pernah Menggugurkan Kandungan