Berlatarkan 2000 tahun yang lalu, latar belakang Ymir Fritz telah menyelesaikan serangkaian misteri yang mengelilingi mitologi Attack on Titan Hajime Isayama.
Asal usul para Titan dalam siri anime dan manga Attack on Titan sendiri masih merupakan sebuah misteri yang besar bagi siri tersebut. Saat membahas asal usul Titan, pasti akan muncul nama Ymir Fritz seperti dalam sejarahnya.
Diketika para peminat siri Attack On Titan ini mengetahui lebih banyak sejarah dari makhluk-makhluk humanoid ini, mereka menemukan jika Ymir sebenarnya adalah pusat dari misteri-misteri ini. Tatkala siri anime ini terus menggali lebih mendalam tentang Ymir, peminat diberikan sejumlah gambaran dari mana asal usulnya dan apa yang menghubungkannya dengan dunia Attack on Titan.
Dan untuk musim terakhir Attack on Titan, peminat akhirnya diberikan gambaran penuh tentang latar belakang Ymir Fritz, menjawab pelbagai misteri yang peminat ada sejak awal lagi.
Berikut ini adalah 6 fakta mengenai Ymir Fritz dalam Attack on Titan.
1. Ymir membesar sebagai seorang gadis muda
Ymir sendiri mempunyai kehidupan yang sukar selama keberadaannya di Eldia. Dia menjadi tawanan dari kerajaan Eldia ketika kampungnya diserang dan penduduk yang selamat dijadikan hamba oleh mereka. Sepanjang hidupanya dia harus mematuhi Raja Eldian Fritz dengan membantunya dalam membangunkan sebuah kerajaan, membunuh musuh-musuhnya, dan melahirkan zuriat untuk Raja Eldian Fritz.
Meskipun hidup Ymir nampak menderita, dia tetap memuja dan mengasihi Fritz, bahkan dia sanggup mengorbankan dirinya sendiri demi menyelamatkan Raja. Walaupun setelah kematiannya, Ymir tetap setia kepada keluarga kerajaan yang mencipta Titan di negeri yang jauh.
2. Orang Pertama yang mendapatkan kekuatan Titan
Sebelum Eren Yeager menguasai kekuatan Founding Titan di Attack on Titan: Final Season, Ymir Fritz lah yang pertama membangkitkan kekuatan ini.
Pada awalnya, Ymir adalah orang pertama yang memperoleh kekuatan para Titan. Ia terjadi sekitar 2000 tahun lalu, ketika kampungnya diserang dan dirampas oleh para Tetua. Sebagai seorang budak, Ymir terpaksa diburu oleh para Tetua.
Ketika dia semakin putus asa, Ymir yang dalam kondisi terluka berusaha mencari tempat perlindungan di sebuah pohon besar, namun sayangnya dia jatuh ke dalam lubang yang berada di dalam pohon tersebut. Sebaik sahaja dia mendarat di lopak air, dan seperti dia akan meninggal dunia, makhluk seperti tulang belakang akhirnya bersatu dengan tubuhnya dan mengubah Ymir menjadi Titan pertama. Dengan kewujudan ini, dia mampu melayani para Tetua dengan membantu mereka mengurus tanah sehingga ke akhir hayatnya.
3. Ymir dikenali dengan nama yang berbeza
Ymir meninggal dunia 13 tahun selepas mewarisi Titan Pengasas, meletakkan “Kutukan Ymir” yang digeruni ke atas keturunannya. Kisah tentang Ymir pun diceritakan turun temurun namun sayangnya dalam pelbagai versi.
Versi yang paling menarik adalah yang versi dari keluarga kerajaan. Frieda Reiss berkongsi kisah Ymir kepada adik tirinya iaitu Historia, dimana namanya diubah menjadi Krista. Frieda sendiri menggambarkan Ymir sebagai seorang gadis yang baik hati dan selalu memikirkan orang lain. Dia berbicara kepada Historia mengenai Ymir dalam buku ceritanya, dimana menggambarkan kesepakannya dengan iblis untuk mendapatkan kekuatan dari Founding Titan.
4. Setelah kematiannya, Jiwa Ymir pergi ke dunia Path
Seperti yang ditunjukkan dalam kilas balik Ymir, dia telah dipukul semasa melindungi rajanya daripada tombak musuh. Fritz sendiri menunjukkan betapa pukulan mudah ini tidak sepatutnya cukup untuk menggagalkan Titan Pengasas, tetapi Ymir tetap mati kerana dia memilih untuk melakukannya.
Walaupun dia mengasihi Raja Fritz, kemarahan kerana ditindas membara dalam diri Ymir, dan memilih untuk tidak menyembuhkan dirinya mewakili cara untuk melarikan diri dari kewujudan yang mengerikan itu. Ironi yang menyakitkan ialah bagaimana kesedaran dan jiwa Ymir berakhir di dalam Paths, di mana dia terpaksa terus berkhidmat kepada keluarga Fritz.
“Path” atau “Jalan” merupakan tempat yang berlatarkan tanah tandus penuh misteri yang sangat luas dan satu-satunya dapat menahannya adalah sebuah pilar besar yang berfungsi sebagai penghubung antara dengan para Titan yang dicipta olehnya. Jiwanya sendiri di dunia ini adalah seorang gadis muda.
Tempat ini juga merupakan tempat dimana semua Titan pergi ketika mereka mati. Menariknya adalah, dalam dunia itu dia dirantai seperti dahulu ketika dia adalah seorang budak yang melayani keluarga Fritz.
5. Ymir mampu menciptakan Titan ketika dia tinggal sendiri di dunia seperti tanah tandus itu
Selama 2000 tahun Ymir tinggal disana dia terperangkap hanya dengan pengabdiannya kepada keluarga kerajaan dengan mencipta para Titan. Dia berkemampuan membuat Titan hanya dengan tangan kosong, dan dapat mengirimkan lebih banyak Titan ke dunia nyata.
6. Ymir Secara Teknikal Bukan Eldian
Dalam garis masa Attack on Titan , Ymir Fritz dipuji sebagai ibu kepada semua Eldian, yang secara literal merujuk kepada diri mereka sebagai “Subjek Ymir.” Ymir pada asalnya adalah seorang penduduk kampung yang sederhana, yang rumahnya digeledah oleh puak ganas yang menggelarkan diri mereka “Eldians.”
Hanya selepas memperoleh kuasa Titan, Ymir terpaksa membawa anak-anak Raja Fritz. Dia mungkin telah menjadi “ibu” Eldia moden dan nenek moyang keturunan dirajanya, tetapi sebagai hamba yang ditangkap dari kampung asing, Ymir tidak pernah benar-benar dianggap Eldian semasa eranya sendiri.
Demikian sahaja 6 fakta tentang Ymir dalam Attack on Titan.
Baca lagi: 14 Urutan Menonton Attack on Titan, Lengkap dari OVA hingga Spin-off
Baca juga: Attack on Titan Musim 4 Bahagian 3 Episod Akhir