Home Entertainment “Awak Tak Malu Kan Dah..” – Watie Cerita Hal Sebenar Pasal Shuib

“Awak Tak Malu Kan Dah..” – Watie Cerita Hal Sebenar Pasal Shuib

0

Baru-baru ini pasangan Shuib dan Watie telah dijemput sebagai tetamu bagi sebuah program terkenal tanah air iaitu ‘Meletop’ dan video pasangan tersebut yang menghadiri program tersebut juga telah tular baru-baru ini.

Baru sahaja semalam, Watie telah memuat naik video yang telah tular tersebut di akaun istagramnya dengan kapsyen yang ditulis di mana dia mahu jadikan kenangan. Watie juga ada mengatakan bahawa dia sebenarnya gementar kerana program tersebut merupakan program pertama di mana dia harus bercakap di hadapan televisyen.

Baca juga : Kali Pertama Datang ‘Interview’, Reaksi Watie Dalam MeleTOP Buat Ramai Yang Terhibur

Baca juga : Shuib Akan Bernikah Pada Jun Depan

Lihat video di instagram Watie sendiri :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Di instagramnya juga Watie ada menyatakan bahawa rancangan tersebut adalah kenangan manis yang mereka berdua ada selama menjalinkan hubungan.

“Simpan sini buat kenangan. Banyak benda sebenarnya pertama kali dengan encik tunang ni sebab tu tahap gabra tu kadang tak boleh nak bawak bincang dah.
“Dan bila scroll punya scroll telefon masing-masing, rupanya ni juga video pertama yang kami berdua ada untuk moment berdua sweet-sweet macam ini.
“Jadi dah boleh bayangkan tak gementar tu macam mana. Psttt…awak tak malu kan dah terbawa saya masuk televisyen?” soal Watie kepada Shuib.

watie

Lihat juga apa kata orang ramai :

@esnurain : Suka la tgk watie ni gedik manja lawak dia tu sama mcm arwah siti sarah. Sesuai la tu dgn abg ib.

@tjazze : Hrp tak game soeb ye, die tu lurus setia orgnye. Kesian die dh la arwah bini nye pergi dulu. Janji tau jgn game

@daleeyazlan : Hahahaha seriusly kelakar la…banyak kali ulang video ni.Comel..hahahahahah

@08_Fiza : Faham mcm mn org dh biasa ckp tangan tu mesti kena gerak

@nurulbusri : paling kelakar…lepas nie ready laa akan ade pegag mic lagi

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram @iamwatie