Home Video “Awak yg bujang, sihat tubuh badan mohon mengalahlah dgn kami yg tiada...

“Awak yg bujang, sihat tubuh badan mohon mengalahlah dgn kami yg tiada pilihan ni” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok cutiepiespecialneeds.co, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana pasangan suami isteri membawa anak-anaknya berjalan-jalan di sebuah pasaraya, namun apa yang terjadi salah seorang anaknya juga merupakan orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda. Oleh itu, eskalator di pasaraya tersebut juga tidak ada kemudahan untuk pengguna kerusi roda dan beliau terpaksa menggunakan lif. Selain itu, ramai pelanggan turut menunggu giliran untuk memasuki lif tanpa melihat orang sekeliling yang memerlukan.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini sering berlaku di sebuah pasaraya dan orang ramai haruslah bersikap prihatin terhadap orang sekeliling untuk memudahkan urusan mereka yang memerlukan. Pasangan suami isteri juga mendapat kecaman daripada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan kapsyen beliau. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 96K penonton, 2271 sukaan dan 412 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Awak yang bujang, sihat tubuh badan mohon mengalahlah dengan kami yang tiada pilihan ni. Asbab awak selalu panjat eskulator tu dapat jadikan awak sentiasa sihat selalu. Awak permudahkan urusan orang, pasti urusan awak juga dipermudahkan. Timbang rasalah sesama kita walau dimana-mana”

Lihat klip durasi pendek reaksi orang ramai di sebuah pasaraya tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@LeqLuthor: mall kena ada escalator yg mcm lotus atau mydin utk laluan troli.mudah utk kerusi roda..

@mrs_anaconda: Kadang aku yg ada anak kecik pn tpaksa naik escalator .. aku dokong anak .. suami pikul stroler .. kalau tngu lif lama

@Unknown: hidup ni keras… lagi keras bila selalu komplen jer… gud luck

@carmy: Sy akan beri laluan kalau yg perlu lif dulu. Kalau penuh, sy kan tunggu lain lif. Video tak tunjuk kalau mrk beri laluan atau tidak.

@Safinaz Shamsuddin: pelikla dh tukang utk public tkkan la SB sihat dia xleh naik lift

@Bbj7: Ini memang masalah kita yg guna wheel chair maybe mereka xada ke sedaran kot

@nr.afi: ye betul. stress tau kadang nak gi mall bawak stroller sebab fikir manusia2 mcm ni lah. entah siapa yg salah…..

@SueDayah: dia Bukan tkley Naik,tp keutamaan…timbg Rasa,bila nmpak family bawak baby,warga Emas,ape Salah,g Naik eskalator…

@user8373749525658: kadang escalator xjalan. kena guna lift. kalau sakit lutut mana maunya nak turun escalator. lani senang beratur tggu turn. sapa sampai dlu dia nek dlu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram