Home News Ayda Jebat ‘Penat’ Dengan Isu Rumahtangga Adiknya, Sekali Ini Respon Beliau

Ayda Jebat ‘Penat’ Dengan Isu Rumahtangga Adiknya, Sekali Ini Respon Beliau

0

Nur Suhada Jebat atau dikenali sebagai Ayda Jebat merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang peserta dalam rancangan Akademi Fantasia musim ke-9. Ayda Jebat mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam drama Rindu Awak 200% pada tahun 2014, dan telah mendapat sambutan daripada penonton.

Ayda Jebat juga merupakan kakak kepada seorang penyanyi yang menjadi kontroversi baru-baru ini, iaitu Fyna Jebat. Di mana mereka berdua pernah bergabung menjadi satu kumpulan di dalam satu pertandingan nyanyian yang digelar sebagai ‘Famili Duo’.

Kini Ayda Jebat telah memberi respon mengenai komplikasi hubungan rumahtangga adiknya, Fyna Jebat. Ayda meminta pihak media tanya sendiri pada ‘tuan badan’ dan beliau penat untuk memberi kenyataan.

“Jangan tanya saya, Tanya tuan badan. Penat nak menjawab, asal kes mereka sahaja saya yang dicari” -Kata Ayda Jebat

WhatsApp Image 2023 05 19 at 10.29.55 AM

Fyna Jebat yang sebelum ini dikhabarkan sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada bekas jurulatih bola sepak iaitu Dato’ Zainal Abidin Hassan. Beliau membuat pengumaman itu pada Januari yang lalu.

Oleh itu, kisah rumahtangga Fyna Jebat dan Dato’ Zainal Abidin Hassan pula menjadi tular apabila anak kepada bekas jurulatih tersebut membuat satu komen mengatakan bahawa ayahnya sudah menceraikan Fyna Jebat 2 minggu yang lalu. Menerusi satu komen di akaun media sosial, Zahira mempertikaikan tindakan satu portal yang melaporkan bahawa Fyna dan madunya Datin Zalina Zaini sudah berbaik.

Screenshot 2023 05 18 131312

Sekali ini respon anak kepada Dato’ Zainal Abidin Hassan:

“Kenapa perlu muat naik semula cerita empat bulan yang lepas? Also, ibu saya tidak berdamai dengan sesiapa dan berita ini tidak benar”

“Untuk pengetahuan semua, ayah saya sudah menceraikan Fyna. Tolong padam hantaran ini, terima kasih”

Serta Fyna Jebat masih tidak memberi apa-apa kenyataan sehingga kini.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia