Home Artis Korea Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min Rasmi Putus, Setelah 7 Tahun...

Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min Rasmi Putus, Setelah 7 Tahun Menjalin Cinta

0

Sudah lama tidak mendengar khabar berita pasangan ini, Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min tiba-tiba dikhabarkan telah putus cinta. Pihak agensi juga telah mengesahkan berita sedih tersebut.

Kedua-dua artis ini pernah menggemparkan industri hiburan Korea Selatan selepas hubungan cinta lokasi mereka dalam drama yang masih ditayangkan dahulu terdedah.

Apakah berita selengkapnya? Jom sama-sama kita lihat:

 

1. Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min mula rapat sewaktu berlakon drama bersama-sama

Baek Jin Hee

Terlibat dalam profesyen yang sama, Baek Jin-hee dan Yoon Hyun Min mula rapat sejak terlibat dan membintangi drama My Daughter, Geum Sa Wol. Kedua-dua pelakon ini mula digosipkan menjalin hubungan cinta pada awal tahun 2016 sewaktu drama lakonan mereka masih ditayangkan.

Waktu itu gosip dan khabar angin mengenai cinta lokasi mereka bertiup kencang dan mengejutkan peminat-peminat setia Kdrama serta kedua-dua pelakon ini. Ramai yang mengirimkan kata-kata bahagia dan ucapan tahniah, tidak kurang ada juga peminat yang rasa cemburu dan iri hati.

Mereka berdua juga pernah digelar sebagai Pasangan Geum Sa Wol. Walaupun begitu, sewaktu gosip antara mereka bertebaran dan menjadi tanda tanya, mereka berdua tidak membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan atau menafikan tentang hubungan istimewa tersebut.

 

2. Rasmi menjalin hubungan cinta sejak tahun 2016

121b4203 74cc 4de2 bbd7 1232d605ff8dHubungan kedua-dua artis ini akhirnya telah rasmi diumumkan dan pelakon lelaki terkenal itu mengaku sudah bercinta dengan Baek Jin Hee sejak April 2016. Pasangan ini juga selalu berkongsi dan bercerita tentang kegiatan antara satu sama lain. Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min telah menjalin hubungan asmara selama 7 tahun tanpa terpalit sebarang isu dan skandal buruk tentang hubungan mereka.

 

3. Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min putus selepas memadu kasih selama 7 tahun

2295ef94 7a1b 4c83 a466 3c78136b5775Nampaknya semua peminat terkejut, secara tiba-tiba pihak agensi mengumumkan status hubungan Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min yang telah berakhir. Dipetik dari MyDaily, kedua-duanya telah putus kerana kesibukan satu sama lain.

“Memang benar bahawa Yoon Hyun Min dan Baek Jin Hee telah putus. Kedua-duanya sedang sibuk dengan projek masing-masaing dan mereka terlalu sibuk hingga mereka terpaksa memutuskan hubungan mereka,” jelas pihak agensi EL Park dipetik dari MyDaily pada 4 September 2023.

Telah lama menjalin hubungan asmara, netizen juga mendoakan supaya kedua-duanya akan bertemu dengan jodoh masing-masing. Tidak disangka-sangka bukan?

Baca lagi: 10 Aktor Pernah Berlakon dalam Kdrama Bersama Baek Jin Hee
Baca juga: 5 Filem dan Drama Korea Berlatarkan Zaman Pemerintahan Raja Injo, Menarik dan Mendebarkan