The Judge from Hell bakal tamat dengan episod terakhirnya pada 1 dan 2 November ini.
The Judge from Hell mengangkat kisah tentang iblis yang hidup di dunia manusia, dan mencari para pendosa untuk dihukum dan dihantar ke neraka.
Para peminat drama ini pasti sudah tidak sabar-sabar menantikan pengakhiran cerita Kang Bit Na dan Han Da On. Tambahan pula, 12 episod yang sudah ditayangkan masih memiliki banyak misteri dan cabaran bagi pasangan berbeza dunia ini.
Dibawah ini adalah 5 jangkaan tentang episod akhir drama The Judge from Hell! Mari kita lihat ya gais!!
Perhatian, artikel berikut mengandungi spoiler!
1. Bagaimanakah nasib Jang Tae Gyu sebagai Pembunuh J?
Selepas menjadi misteri sejak episod pertama, akhirnya terungkap bahawa Jang Tae Gyu merupakan pembunuh J. Namun, aksi kejinya tersebut bukan kerja Jang Tae Gyu sendirian, semuanya disebabkan Satan yang masuk ke tubuh ayahnya.
Terlepas dari hukuman Bael, Justitia pada mulanya ingin menghakimi Jang Tae Gyu di mahkamah. Tanpa disangka Bael meminta Justitia untuk membebaskan Tae Gyu dan menghantarnya ke neraka. Bahkan Bael mengancam Justitia dengan hukuman lebih berat.
Lalu, bagaimanakah nasib Jang Tae Gyu? Adakah dia akan diadili di mahkamah manusia atau tetap dihukum secara keji dengan cara Justitia?
2. Bagaimanakah nasib Kang Bit Na di neraka?
Sementara itu, Kang Bit Na yang yang sehenar masih terperangkap di neraka. Nasibnya juga tidak ditampilkan lagi selepas Justitia mula menghakimi penjahat di dunia. Kang Bit Na merupakan roh yang masuk ke neraka akibat kesalahan sistem.
Lalu, bagaimanakah nasib Kang Bit Na di neraka?
Adakah dia akan bertukar kedudukan dengan Justitia? Atau dia akan tetap meninggal dunia dan berpindah ke syurga? Persoalan lain muncul jika episod akhir The Judge from Hell menunjukkan Kang Bit Na kembali ke dunia. Bagaimanakah cara Bit Na mengembalikan bentuk diri asalnya yang dirosakkan oleh Justitia?
3. Adakah Justitia akan meninggalkan tubuh Kang Bit Na?
Tentang persoalan sebelum ini, episod akhir drama The Judge from Hell juga perlu menjelaskan nasib Justitia. Justitia berada di dalam tubuh manusia dan hidup di dunia yang tidak sepatutnya tidak dia diami.
Namun, perasaan terikatnya pada Han Da On mula mengubahnya menjadi manusia. Adakah Justitia akan kembali ke neraka dan mengambil jawatan sebagai hakim di mahkamah Gehenna?
4. Adakah Han Da On dan Kang Bit Na boleh bersatu?
Hubungan Han Da On dan Kang Bit Na akhirnya mula berkembang menuju bahagian akhir drama ini. Mereka saling menjaga dan memastikan satu sama lain tetap selamat. Namun perlu diingati bahawa sosok Justitia yang berada dalam tubuh Kang Bit Na.
Nasib pasangan ini juga nampaknya sangat sukar untuk bersatu. Apabila mereka berdua boleh bersama, adakah Han Da On boleh menerima sosok Justitia yang sebenar? Jika Kang Bit Na yang sebenar datang kembali ke dunia, adakah Han Da On masih mencintai wanita tersebut?
5. Bagaimanakah keputusan Bael tentang hukuman Justitia?
Hingga akhir episod, Justitia masih perlu menghadapi Bael. Walau telah mengembalikan Kylum dan Satan ke neraka, Bael masih meminta Justitia untuk menghukum Jang Tae Gyu. Permintaan ini bertentangan dengan kemahuan Justitia.
Mengingatkan jasa Justitia yang sangat penting dalam menangkap Satan dan Kylum, bagaimanakah keputusan Bael terhadap hukuman pegawai bawahannya ini? Atau Justitia akan melawan Bael?
Semua persoalan tentang episod akhir drama The Judge from Hell ini akan terjawab di episod 13 dan 14. Sudah tidak sabar bukan?
Baca lagi: Binge Watch 7 Filem Jenayah Thriller India 2024 Ini, Pelbagai Kes Pembunuhan
Baca juga: Suka Kdrama The Judge from Hell? Ini 5 Pilihan Kdrama Thriller Terbaik 2024