Home News Bagaimana Kematian Berlaku Akibat Tidur Dalam Kenderaan? Ini Sebab-Sebab Nya

Bagaimana Kematian Berlaku Akibat Tidur Dalam Kenderaan? Ini Sebab-Sebab Nya

0

Penulisan ini ditulis oleh Dr. Muhammad Izzat, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik & Genekologi, di laman Facebook beliau.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita tentang insiden yang menyebabkan seorang wanita dimasukkan ke hospital dan mengorbankan 3 lagi sahabatnya.

Dilaporkan punca kematian adalah keracunan karbon monoksida akibat kebocoran gas itu pada kenderaan mangsa. Ia berlaku ketika mereka tidur di dalam kereta yang enjinnya dibiarkan hidup.

Susulan itu, ramai yang kongsikan fakta tentang keracunan monoksida dan bagaimana ia boleh membahayakan nyawa. Namun, ada beberapa perkara yang kurang diberi penekanan.

Anda tahu tak apa maksud kebocoran karbon monoksida pada kenderaan? Dari manakah datangnya gas ini?

Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan menghasilkan beberapa jenis gas yang berbahaya kepada kesihatan, dan salah satu daripadanya adalah karbon monoksida. Lazimnya gas ini dikeluarkan dari enjin melalui sistem ekzos yang terdiri daripada beberapa bahagian. Sistem ini juga berfungsi untuk mengurangkan bahaya gas-gas berkenaan.

Screenshot 2023 06 06 123548

Gas pembakaran dari silinder enjin akan melalui:

1. Manifold / Extractor
2. Exhaust Pipe
3. Oxygen Sensor
4. Catalytic Converter
5. Muffler / Silencer
6. Tailpipe

Catalytic converter berfungsi untuk mengubah karbon monoksida kepada gas yang lebih selamat iaitu karbon dioksida. Kereta yang dibangunkan selepas tahun 80-an pastu ada komponen ini.

Setelah mengetahu hal ini, dah boleh teka di manakah boleh berlakunya kebocoran karbon monoksida. Ianya pada sistem ekzos kenderaan, khususnya pada komponen-komponen sebelum catalytic converter.

Kebocoran boleh berlaku di sambungan antara enjin, manifold/extractor, exhaust pipe, catalytic converter atau pada komponen itu sendiri, menyebabkan banyak karbon monoksida terbebas.

Screenshot 2023 06 06 123604

Catalytic converter ini diwajibkan untuk kenderaan masa kini pastikan asap yang dihasilkan oleh kenderaan lebih selamat dan memberi impak kesihatan yang minima.

Namun, ada pemilik kenderaan membuang catalytic converter dan peredam daripada sistem ekzoz kerana ia dapat meningkatkan sedikit prestasi enjin kenderaan mereka. Ini modifikasi bahaya.

Jadi apa langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan keracunan monoksida akibat kebocoran gas itu daripada sistem ekzos kenderaan?

1. Jika ekzos berbunyi kuat dan kasar, serta ada bau asap yang menyengat hidung, itu merupakan antara tanda kemungkinan ada kebocoran pada ekzos. Bawalah kenderaan itu untuk diperiksa.

2. Jika keluar notifikasi atau amaran logo enjin, periksa sekali sistem ekzos. Logo enjin itu juga akan menyala jika oxygen sensor mengesan ada masalah dengan pembakaran dan gas ekzos.

3. Jangan sesekali buang catalytic converter daripada sistem ekzos kenderaan anda. Ia adalah modifikasi yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar, serta menyalahi undang-undang.

4. Tinggalkan amalan memanaskan enjin kenderaan jika kenderaan berada di kawasan yang agak tertutup, seperti di dalam garaj, kolong rumah, bangsal tertutup, dan sebagainya.

5. Tidak usah tidur di dalam kenderaan berhenti yang enjinnya dibiarkan hidup, tidak kira tingkap terbuka atau tertutup, pendingin hawa dihidupkan atau dimatikan. Jika anda mahu tidur di dalam kereta, tolong matikan enjin.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi