Home Lifestyle Bagaimana Prosedur Pembedahan Plastik Di Korea Utara

Bagaimana Prosedur Pembedahan Plastik Di Korea Utara

0

Pempengaruh Korea Selatan, Sang Hee berbual dengan seorang pelarian Korea Utara yang kini turut jadi personaliti internet, Kang Na Ra.

IMG 20220523 093006 440
Kang Na Ra

Menerusi YouTube saluran DIMPLE, mereka berbincang tentang topik pembedahan plastik di Korea Utara.

Sebelum itu, Sang Hee bertanya soalan:

“Wanita dan lelaki Korea Utara cantik-cantik dan hensem-hensem sekarang ni. Ada tak muka askar yang macam Hyun Bin?”

“Maaf mengecewakan awak. Kalau ada muka askar macam Hyun Bin, tak adalah saya susah payah lari dari Korea Utara sampai ke sini. Lelaki Korea Selatan lagi hensem. Haha.” balas Na Ra.

“Tapi tak dinafikan wanita Korea Utara sekarang memang ramai lawa-lawa, ada yang secantik awak.” ujarnya lagi.

Lantas So Hee terus mencelah tanya adakah mereka turut melalui pembedahan plastik di Korea Utara.

Na Ra mengesahkan pembedahan plastik memang ada di negara asalnya cuma lebih berpihak kepada kaum Hawa.

“Biasanya wanita yang buat tu. Tetapi prosedur dan pembedahan kosmetik untuk lelaki jarang.” kata bekas rakyat Korea Utara itu lagi.

Sekiranya di Korea Selatan sekurang-kurangnya terdapat 9 jenis pembedahan kosmetik, manakala Na Ra kata di Korea Utara pula dihadkan kepada dua iaitu pembedahan hidung dan kelopak mata. Manakala satu lagi pula adalah pemakaian pendakap gigi.

IMG 20220523 092951 323

“Untuk pembedahan kelopak mata, biasanya pakar bedah tak kenakan ubat bius pada pesakit sebaliknya lebih memilih untuk guna krim kebas.”

IMG 20220523 092945 117

Ketika ditanya antara dua jenis prosedur bedah plastik, mana lagi popular dalam kalangan wanita Korea Utara.

Na Ra mengaku yang “Ramai orang perempuan ‘buat’ hidung di Korea Utara.”

Jika diberi pilihan prosedur yang mana paling rendah risikonya, Na Ra berpendapat pakai pendakap gigi adalah pembedahan plastik yang paling selamat di Korea Utara.

IMG 20220523 094557 799