Episod pertama siri realiti Irene ‘Irene’s Work & Holiday’ telah disiarkan pada 4 Ogos lalu dan telah memaparkan aktiviti harian ahli Red Velvet itu.
Di dalam episode pertama itu, kamera telah mengikuti Irene kemana-mana sahaja, bermula dengan pergi ke salon rambut.
Sambil menyiapkan rambutnya, Irene berbual dengan kakitangannya dan sambil menyiapkan solekannya, dengan sopan dia bertanya kepada jurusoleknya jika mereka sudah makan pagi atau belum.
Episod pertama siri realiti ini terus menunjukkan sisi yang hebat dan rendah hati Irene.
Ini mencetuskan perdebatan hangat dalam komuniti dalam talian apabila netizen menegaskan bahawa nampaknya SM Entertainment cuba membaiki imej Irene yang telah terjejas secara negatif semasa kontroversi sikapnya pada tahun 2020.
Baca lagi: Rezeki Debut Di Bawah Agensi Besar, Mereka Dilayan Seperti Puteri?
Baca lagi: Irene Red Velvet Salah Guna Kuasa? Wartawan Ini Cerita Perkara Sebenar
Netizen mengulas, “Saya nampak yang mereka berusaha keras untuk mengubah imej Irene, lol,” “Mereka terpaksa menunjukkan sikap baik Irene dengan kakitangan, apa yang mereka cuba lakukan,” “Sangat kelakar sebab boleh nampak niat SM tu, lol,” dan “Mereka cuba membersihkan imejnya.”
Walau bagaimanapun, terdapat juga peminat yang mempertahankan Irene dengan mengatakan seperti, “Kata benci Irene, tetapi masih tengok hal yang berkaitannya,” “Ada peluang je terus nak kutuk dia,” dan “saya rasa orang yang benci Irene ni ada masalah dengan diri sendiri, lol”
Sumber: [1]