Wajah bakal Isteri Shim Hyung Tak, gadis pekerja kedai mainan Jepun viral kerana penampilannya mirip seperti Jungkook BTS!
Pada April lalu, pelakon kacak Korea Selatan Shim Hyung-tak telah memperkenalkan bakal istrinya di hadapan publik melalui satu rancangan TV Chosun ‘Romantics of Joseon’.
Shim Hyung Tak juga turut berkongsi berita bahagia bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan buah hatinya yang berasal dari Jepun berusia 27 tahun, Hirai Saya pada Julai tahun ini.
Dalam rancangan TV itu, buah hati Shim Hyung Tak mendapat perhatian kerana persamaannya wajah serta penampilannya yang ketara dengan JUNGKOOK dari kumpulan lelaki K-pop BTS.
Shim Hyung Tak berkongsi bahawa mereka pertama kali bertemu antara satu sama lain ketika dia melawat Jepun untuk rakaman rancangan televisyen, dan pergi ke kedai mainan tempatan—tempat kerja buah hatinya itu.
“Ini Hirai Saya dari Jepun. Dia akan menjadi isteri saya tidak lama lagi.” Kata Shim Hyung Tak dalam rancangan TV Chosun.
Kemudian, dia berkata bahawa dia benar-benar jatuh cinta padanya sebaik sahaja dia melihatnya dan dia menjelaskan, “Ia adalah cinta pandang pertama.”
Memandangkan mereka berdua meminati animasi dan mainan serta figura yang menyertainya, mereka bergaul dengan baik dari awal walaupun terdapat jurang perbezaan usia 18 tahun ternyata.
Ia tidak menghalangi keduanya dari menjalin hubungan. Mereka akhirnya saling jatuh cinta dan hubungan romantis ini rupanya telah terjalin selama 4 tahun.
Berkongsi minatnya terhadap barang mainan animasi, dari kecil lagi Shim Hyung Tak telah memupuk minat yang mendalam dalam animasi dan mainan serta figura yang sesuai dengannya.
Dia sangat taksub dengan watak fiksyen Jepun yang disayangi ‘Doraemon’. Kecintaannya terhadap ‘Doraemon’ dilihat dalam pelbagai rancangan televisyen; percaya atau tidak, dia mempunyai bilik di rumah yang hanya dipenuhi dengan barangan ‘Doraemon’.
Disisi lain, netizen mula heboh dengan berita perkahwinan Shim Hyung Tak dan Hirai Saya yang memiliki jarak usia cukup jauh. Bukan setakat itu sahaja, netizen juga terkejut dan terpukau kerana rupa paras bakal isteri Shim Hyung Tak itu cukup mirip dengan Jungkook BTS pakai wig panjang! LOL
Netizen Korea tidak berhenti dari membahas persamaan yang luar biasa antara Hirai Saya dan Jungkook ‘BTS’. Dari bentuk wajah dengan mata bulat besar, bibir kecil, sampai bentuk susunan gigi arnab sememangnya seperti versi perempuan Jungkook BTS!
Pada 3 April, outlet berita Munhwa Ilbo melaporkan bahawa Shim Hyung Tak akan berkahwin dengan teman wanita Jepunnya pada bulan Julai. Kedua-duanya dilaporkan dijadualkan mengadakan dua majlis perkahwinan berbeza, di Jepun dahulu, kemudian di Korea.
Mereka nampaknya berhasrat untuk mendedahkan persiapan perkahwinan mereka melalui rancangan televisyen tidak lama lagi.
Baca Lagi: 12 Watak Kdrama Dikhianati Pasangan Sendiri
Baca Juga: 5 Filem Komedi Terbaik Korea Yang Menghiburkan