Home Entertainment Bakal Mertua Lee Seung Gi Yang Penuh Kontroversi

Bakal Mertua Lee Seung Gi Yang Penuh Kontroversi

0
Perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In yang akan berlangsung tidak lama lagi terus menjadi perhatian media dan para peminat. Ternyata pelbagai kontroversi dan cerita tidak enak timbul berkenaan perkahwinan ini.

CA25D5AC 354E 42CE A903 2F4C154680C8

Pelakon wanita iaitu Kyeon Mi Ri yang merupakan bakal ibu mertua Lee Seung Gi juga tidak terlepas dari menjadi bahan berita dan tumpuan ramai.
Lee Da In boleh saja menakluk dan menawan hati pelakon kesayangan warga Korea iaitu Lee Seung Gi, namun pendapat para peminat terhadap Kyeon Mi Ri telah mencatat beberapa titik hitam dalam kisah mereka berdua.

Para peminat pun bukan main tidak puas hati, maklumlah Lee Seung Gi itu kegilaan ramai gadis!

C34A36E7 5690 44C8 8FE3 55877FD630BA

Kyeon Mi Ri merupakan pelakon wanita veteran yang dikenali menerusi penampilannya sebagai Dayang Choi dalam Dae Jang Geum atau juga dikenali Jewel in the Palace. Namun reputasinya rosak teruk setelah suaminya dijatuhi hukuman 4 tahun penjara kerana kesalahan manipulasi saham.

3BCDC1BE 7F61 420E 9C2E 5389C1D3BAEF

Menurut sumber, Hakim Sim Hyeong-sup dari Mahkamah Daerah Selatan Seoul menjatuhkan hukuman empat tahun dan denda 2.5 bilion won ($2.2 juta) bagi banduan, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Lee, kerana melanggar undang-undang berkaitan pasaran modal dan pelaburan kewangan. Lee didapati bersalah memperoleh kira-kira 2.3 bilion won melalui manipulasi saham antara November 2014 dan Februari 2016.

Jom kita intai beberapa info mengenai bajal mertua Lee Seung Gi ini. Berikut senarai fakta Kyeon Mi Ri yang dirangkum dari pelbagai sumber:

27BADB2F 6378 4C19 960B 6A6003A79331

1. Lahir pada 25 Disember 1964, Kyeon Mi Ri merupakan sebahagian dari keturunan Hwanggan Kyeon dan keturunan Gyeon Hwon yang merupakan maharaja pertama kerajaan Baekje yang merupakan Tiga Kerajaan Akhir Korea. Berdarah keturunan diraja rupanya!
2. Setelah lulus dari Sekolah Menengah Seni Tradisional Seoul pada 1983, pelakon yang kini berusia 58 tahun ini kemudian belajar seni tari di Universiti Sejong.
3. Kyeon Mi Ri membuat debut lakonan pada tahun 1984, dan sejak itu dia mula aktif membintangi drama, termasuk Dae Jang Geum yang membuat namanya dikenali secara global.

2F9C246D 0E43 4239 A472 AFA168ECFB21

4. Pada tahun 2009, dia terjun ke industri muzik dan mengeluarkan album pertamanya yang berjudul Happy Women, yang sebahagian besarnya terdiri dari lagu-lagu trot.
5. Kyeon Mi Ri mendirikan rumah tangga dengan pelakon Im Young Gyu pada 1987 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Lee Yoo Bi dan Lee Da In. Namun, mereka bercerai pada tahun 1993.
6. Pelakon wanita ini berkahwin lagi pada tahun 1998, dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Lee Hong Heon dan dikaruniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Lee Ki Baek.

819F1DF1 DA46 4C9E 8479 A240617E42D2

7. Selain berlakon, Kyeon juga turut terjun ke dunia perniagaan kosmetik dengan melancarkan produk Kyeon Mi Ri Fact yang menghasilkan penjualan sebanyak 9 juta won dalam waktu tiga bulan setelah pelancarannya.
8. Pada tahun 2009, Kyeon Mi Ri disiasat mengenai kes manipulasi saham yang melibatkan insider trading yang membabitkan suaminya, Lee Hong Heon. Namun dia membantah dan tidak mengaku salah dengan alasan dia hanyalah seorang pelabur.

4BED36B2 F25B 4FC0 9125 07FBDB1D46F4

9. Kini perkahwinan Lee Da In dan Lee Seung Gi makin menghampiri, pasangan ini juga terpalit kontroversi dengan kisah Kyeon Mi Ri yang juga digelar ‘helicopter mom’, istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang ibu yang terlalu banyak campur tangan dalam kehidupan dan urusan anak-anaknya.
Kita doakan saja yang terbaik untuk Lee Seung Gi!
Baca Juga: 10 Artis Korea Umum Kehamilan Sebelum Berkahwin
Baca Juga: The Secret Romantic Guesthouse Bakal Menemui Peminat Mac Ini