Home Kdrama/Kmovie Bakal Muncul Dalam Kdrama Baru, Ini 7 Kdrama Popular yang Pernah Dibintangi...

Bakal Muncul Dalam Kdrama Baru, Ini 7 Kdrama Popular yang Pernah Dibintangi Han Sunhwa

0

Han Sun Hwa merupakan seorang pelakon wanita dan bintang idola yang berasal dari Korea Selatan. Dia memulakan kerjayanya di pentas muzik dengan debut sebagai anggota girl group Secret pada tahun 2009. Dia bersama ketiga-tiga rakan kumpulannya menghasilkan sebuah single bertajuk I Want You Back. Sayangnya, kumpulan ini dibubarkan pada tahun 2018 dan kini setiap anggotanya membawa haluan mereka masing-masing.

Han Sun Hwa memilih untuk terjun ke dunia seni sebagai seorang pelakon. Sejak tahun 2010 dia memang sudah mula membintangi Kdrama walau hanya sebagai pelakon pembantu. Namun, kini bakat lakonannya sudah meningkat. Dia acap kali diberi kepercayaan untuk membawa watak penting dalam sebuah Kdrama.

Dalam banyak-banyak Kdrama yang telah dibintanginya, terdapat banyak juga Kdrama popular yang mengusung genre romantik. Berikut dibawah adalah 7 buah Kdrama popular dengan genre romantik yang pernah dibintangi oleh Han Sun Hwa.

 

Kdrama

1. Han Sun Hwa membawa watak sebagai watak pembantu dalam drama Ad Genius Lee Tae Baek (2013) yang menampilkan kisah tentang lelaki yang pakar dalam bidang pengiklanan

 

 

 

bd653190 52b4 4b5c 974d a8b5a916ee322. Marriage Not Dating (2014) menceritakan kisah seorang lelaki yang berjaya yang berkahwin. Dalam drama ini, dia mengambil watak sebagai bekas tunang kepada pelakon utama

 

 

 

d01dd1ef 5f65 4f62 92cc c549b075031e3. Rosy Lovers (2014) merupakan drama pertama yang menjadikan Han Sun Hwa sebagai watak utama. Drama ini mengangkat kisah tentang sepasang kekasih yang menjadi ibu bapa di usia muda

 

 

 

4d60d22a e5df 41fd 8056 0cc10c47cf094. Radiant Office (2017) menceritakan tentang perjuangan seorang wanita dalam mencari pekerjaan. Go Ah Sung, Ha Seok Jin, Lee Dong Hwi, dan juga Han Sun Hwa dipilih sebagai pelakon penting dalam drama ini

 

 

 

 

3b20a325 8e08 4c12 832e 623fe4e78a4d5. Selain mengusung genre remaja dan komedi, School 2017 (2017) juga menyelitkan bumbu romantik dalam jalan ceritanya. Watak yang dibawa oleh Han Sun Hwa terlibat dalam kisah cinta dengan seorang guru sekolah

 

 

1695ab79 4cf9 4bf5 ab16 f21d00251ada6. Han Sun Hwa merupakan second lead female dalam drama Backstreet Rookie (2020). Waktu itu dia membawa watak sebagai Yoo Yeon Ju, seorang wanita berkerjaya yang sangat hebat dan juga merupakan kekasih kepada Choi Dae Hyun (Ji Chang Wook)

 

 

 

f5e2987e 59f1 4e3d bf63 01894b3c71b67. My Sweet Mobster (2024) merupakan drama yang menceritakan tentang kisah cinta seorang YouTuber dengan bekas gangster. Han Sun Hwa dipilih sebagai pelakon utama dan digandingkan dengan Uhm Tae Goo

Drama terbaru Han Sun Hwa iaitu My Sweet Mobster akan ditayangkan di JTBC pada 12 Jun akan datang. Adakah anda sudah tidak sabar-sabar menantikan persembahan lakonan Han Sun Hwa dalam drama ini?

Baca lagi: 4 Sebab Drama Romcom ‘Dreaming of a Freaking Fairytale’ Patut Ditonton, Lucu dan Sangat Menghiburkan
Baca juga: 17 Kdrama 2024 Ini Membicarakan Tentang Dunia Kerjaya, Penuh Cabaran dan Konflik