Home New Post “Balik Sekolah Je Mesti Beli”- Bahana Air Manis, Lelaki Ini Reda Kakinya...

“Balik Sekolah Je Mesti Beli”- Bahana Air Manis, Lelaki Ini Reda Kakinya Dipotong Kerana Kencing Manis

0

Banyak keburukan yang kita akan dapat jika terlalu banyak minum air manis yang mana antaranya adalah kita akan mendapat penyakit kencing manis yang menyebabkan kaki boleh dipotong,

Begitu juga dengan apa yang terjadi pada seorang lelaki yang baru berusia 21 tahun di mana kakinya telah dipotong akibat kencing manis. Menerusi klip video yang tular di media sosial, dapat dilihat pemuda tersebut ditemu bual oleh beberapa orang yang bertanyakan soalan kenapa dia boleh mendapat kencing manis sehingga kakinya itu dipotong dan dia menjawab bahawa dia ketika bersekolah selalu membeli air manis jenis longchan. Akibat kerap membeli air manis ketika balik sekolah menjadi punca mengapa dia boleh mendapat penyakit kencing manis. Dan di akhir video dia mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi bantuan kaki palsu kepadanya kerana dapat memudahkan dia untuk mencari kerja selepas ini.

Baca juga : Berkat Kuasa Netizen, Adik Ini Akhirnya Dapat Kaki Palsu Selepas Larian Bertongkat Tular

Baca juga : Terpijak Mainan Lego Sehingga Masuk Dalam Kaki, Ramai Yang Simpati Dengan Nasib Budak Lelaki Ini

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@amirboek : aku mari sini bukan nak bitter ye,cuma pendapat sahaja,so pendapat aku ayaq manis seeloknya jangan minum banyak²,cukup sekadar rasa badan bertenaga tu pun dah cukup,sekian

@_ifanaaa : ok lah kat ofis kita minum air masak je, no more air manis..sekali sehari jeeee

@falahmohamed : Ya Allah aku baru tadi terfikir aku ni kuat jugak bnde manis. Janganlah kena kencing manis ke apa.skali lalu video ni. Alhamdulillah aku sihat je cuma terfikir td. Haha. Kena kurangkan benda manis.

@ches : At any age pun kita boleh terkena penyakit kan. Kesian this adik. Siapa yang in need of consultation for medical card/hibah/takaful boleh DM for free consultation. This is not an ad to promote my biz tapi untuk dapat free knowledges by sharing awareness

@hzwanAA : Org ramai stop air manis je tp makanan pun ada juga penyumbang manis slain kueh. mknan yg tinggi karbo pun penyumbang kencing manis. haaa roti canai tu udah2 la dimakan, mee goreng mee hoon spageti tu sudah2 la makan.

@daisy : He seems so sweet, suka dengar dia cakap hm sayangnya muda muda dah potong kaki.Makan minum berjaga la ya guys kaki ada dua pasang je seumur hidup :((

@amiawesome : Selalu macam ni keturunan, kencing manis memang dah ada, tunggu benda nak trigger je

@yourmother61 : Hrp ade org baca lah, nasihat saya sentiasa bawa botol air kosong sendiri pegi mna mna pon. Berjalan ke, dating, sbbnya, kalau tahan dahaga nak minum air lama lama, nanti anda akan lebih memilih utk minum air manis berbanding air masak. Percaya ckp saya. Saya dah lama berhenti!!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram