Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok dinydinys, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana kanak-kanak sedang bermain bowling bersama ibunya, namun reaksinya baling bola tersebut pula buat ramai berdekah. Lagi mengejutkan, apabila melihat bola yang dibaling oleh kanak-kanak ini turut mendapat ‘strike’. Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan terhibur apabila melihat gelagat kanak-kanak ini membaling bola bowling tersebut. Ada juga yang mengatakan tidak sangka kanak-kanak ini turut mendapat ‘strike’, serta membandingkan dirinya yang semakin meningkat usia tetapi masih tidak mendapat ‘strike’ ketika bermain bowling.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.2M penonton, 46.5K sukaan dan 670 komen.
Baca lagi: Anak Sebak Lihat Reaksi Bapa Makan Berseorangan
Lihat klip durasi pendek gelagat kanak-kanak ini baling bola bowling:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Jihan Halim | Gold Guru: Ko baling camtu je dik? power nauu.. kita yg tua kemain baling tapi ke laut perginyaaaa
@Bowling Grollis: …and again… I am calling her out… she would be amazing at bowling
@koleksiaini: weyyy ,aku main dalam game cmtu lah dapat strike
@katalis77: ahahaha comel.. abg pon susah nk strike dik.. lg2 skrg xleh main bowling dh.. slipdisc dah
@Imah Sweets Treat: Wah….straight dik…..gaya kena ada kan.. ciyok2 … moga satu hari jd wakil negara
@Ank ayah: Owh patut aku slalu Golek x kena , ternyata oh ternyata kena Golek dulu baru angkat kaki , aku ni angkat kaki sampai boleh sentuh kepala pon x kena
@Naddy: aku ni gaya byk tp tu lah xtau nape satu pon xkena
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram