Home News Bangunan KWSP Terbakar Lagi Di Petaling Jaya

Bangunan KWSP Terbakar Lagi Di Petaling Jaya

0

Bangunan KWSP yang terletak di Petaling Jaya pernah terbakar sekitar tahun 2018 dahulu. Dan kini bangunan yang sama terbakar lagi. Menurut maklumat awal, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.37 pagi tadi.

Susulan itu, JBPM Selangor menghantar anggota dari Balai Bomba Petaling Jaya, Damansara, Penchala dan Puchong ke lokasi kejadian dengan segera.

“Kami juga mendapat bantuan daripada Jabatan JBKL Kuala Lumpur,” kata sumber bomba kepada Malaysiakini.

Baca juga :Guna KWSP Untuk Bayar Ptptn? Ini Kelebihan Dan Cara Bayaran Balik PTPTN Guna KWSP

Baca juga : “Ini Apalah Punya Perangai Bakar Bunga Api Dekat Jalan Raya”-Netizen

Beberapa video kebakaran turut dikongsi oleh warganet di platform media sosial.

KWSP

Situasi tersebut juga boleh dilihat di instagram hotfm :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Berdasarkan gambar dan video yang tular, bangunan yang terletak di pinggir Lebuhraya Persekutuan itu dimakan api dan asap akibat kebakaran itu dapat dilihat dari beberapa kilometer.

Baca juga komen netizen :

@lynn.eryn : Astaghfirullahh. Semoga dipermudahkan segala urusan.

@mdrizkhan : Nak claim insurance lah tu sebelum nak jual lot tanah tu

@bajabbar : Itulah , kenapa tak bagi kami keluarkan kwsp kami , kan dah terbakaq

@silent_killer4154 : bgunan besar sgt…kna kecikkn skit…ckup untuk staf dh la…

@theywillaskforewanmore : pejam celik pejam celik dia terbakar lagi

@emmy.amani : Tu tanda2 sruh bg rakyat keluarkan kwsp

Difahamkan kebakaran itu membabitkan tingkat empat dan tingkat lima.

Jurucakap bomba menyatakan api berjaya dikawal pada jam 11.08 pagi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Sumber : Malaysiakini dan Instagram @hotfm