Home News Banjir Kilat Berlaku Di Gelang Patah Johor, Hujan Turun Berterusan Lebih 1...

Banjir Kilat Berlaku Di Gelang Patah Johor, Hujan Turun Berterusan Lebih 1 Jam

0

Banjir kilat berpunca daripada hujan yang turun secara berterusan di sesuatu tempat dalam tempoh masa yang lama dan boleh menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air sehingga menyebabkan banjir.

Semalam kecoh dengan berita di mana terdapat banjir kilat yang berlaku di Gelang Patah, Johor. Difahamkan hujan ketika itu turun berterusan lebih dari 1 jam. Seramai 13 mangsa melibatkan sembilan perempuan dewasa, seorang lelaki kurang upaya (OKU) dan tiga bayi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Gelang Patah susulan banjir kilat di Kampung Baru Muafakat, di sini, pada Isnin.

Menurut Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd Hairi Zainddin, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara berkenaan sekitar 12.12 tengah hari.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri serta enam anggota bomba (BBP Pekan Nenas) dengan dua jentera FRT, Utiliti (satu) dan dua bot dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba ke lokasi didapati kawasan Jalan Jeluntas 1, Kampung Baru Muafakat telah dilanda banjir.

“PKO kemudiannya bertindak memindahkan kesemua mangsa ke PPS Dewan Gelang Patah,” katanya.

Tambah Mohd Hairi, operasi masih diteruskan di kawasan berkenaan ketika ini. -Sinar Harian

banjir

Lihat salah satu perkongsian yang dikongsi oleh mangsa banjir :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga komen netizen :

@Suzie : Risau gak kg paya mengkuang glg pth smlm bleh thn lebat..jiran ninggal lak tu..syukur x bnjir..allah permudahkan urusan dia

@Shazrina : tibe2 rindu pada hujan, sudah lama tiada hujan lebat di selangor

@ArelSyah JB : rumah kawan saya pun banjir di pasir gudang… semoga dipermudahkan segala urusan… Amin

@maseliya : kami di phg panas hujan skjp2 tiba2 tgok berita banjir ni..semoga dipermudahkn urusan Semua yg trlibat

@kemboja putih : cepatnya arus air tu..semoga dipermudahkan segala urusan mereka semua.

@Nurul Hidayah : sini kalau hujan tak berenti mmg dah standby bawak keta naik tmpt tinggi kemas2 apa yg patut

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram