Home News Bantuan Bakul Makanan RM100 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia Sudah Dimulai

Bantuan Bakul Makanan RM100 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia Sudah Dimulai

0

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-insitiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR), terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.

Penambahbaikan ini melibatkan perincian isi rumah, lima anak atau tiga anak serta bantuan bakul makanan RM600 berbanding peruntukan awal.

Screenshot 2023 08 03 112245
(Gambar hiasan)

Baca lagi: Wanita Rugi RM116,000 Gara-Gara Tebus Barang Kemas Untuk Jadi Dropship

Baca lagi: Guna 4 Bahan Ini Untuk Elak Ular Masuk Ke Dalam Rumah Anda

Lihat juga video dibawah:

Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan Bakul Makanan)?

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Berapakah Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah?

Kadar bantuan adalah RM600 dan bantuan akan disalurkan dalam bentuk makanan dan secara baucar barangan makanan asas.

Ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan Bakul Makanan RM100 Sebulan?

Bantuan akan disalurkan bermula Julai hingga Disember 2023.

Putrajaya: Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Bantuan akan disalurkan bermula Isnin (17/7/2023), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan itu membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Boleh Rujuk Jadual Berikut:

Screenshot 2023 08 03 110241

Siapakah Yang Layak Terima Bantuan Bakul Makanan?

Bantuan Bakul Makanan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang