Home K - Pop “Banyak Benda Yang Tak Boleh Buat”, Lea Huening Dedah Kehidupan Sebagai Seorang...

“Banyak Benda Yang Tak Boleh Buat”, Lea Huening Dedah Kehidupan Sebagai Seorang Idola

0

Lea Heuning seorang bekas anggota kumpulan VIVA, merupakan kakak sulung kepada Huening Kai TXT dan Bahiyyih Huening Kep1er.

Mengimbas kembali pengalamannya, dia menceritakan tentang keburukan menjadi seorang ‘idol’.

Walaupun Lea Huening bersedia untuk debut semula, dia mengakui bahawa menjadi idola perlu melakukan banyak pengorbanan.

unnamed 1 9

Dia masih teringat bahawa dia tidak dibenarkan untuk mempunyai apa-apa perkara peribadi, “Ketika saya menjadi idola, saya tidak boleh memiliki barang-barang saya sendiri.

Saya tidak boleh mempunyai akaun YouTube; Saya tidak boleh  mempunyai Instagram; Saya tidak mempunyai apa-apa untuk saya.”

unnamed 2 5

Memandangkan Lea kini menjadi seorang model, TikToker dan YouTuber, dia berkongsi betapa dia kini terasa bebas dan akhirnya boleh memiliki perkara itu.

Lea Huening mendedahkan bahawa segala-galanya diperhatikan dengan teliti oleh agensi lamanya termasuklah diet dan masanya.

Screenshot 2021 11 25 113144

“Tetapi apabila anda menjadi seorang idola, jadual akan menjadi padat. Saya perlu menari, menyanyi, berlatih, makan-tetapi saya tidak boleh makan banyak, hanya makan sedikit-dan kemudian melakukan rutin yang sama berulang- ulang kali”

Kini Lea Huening mengakui bahawa hidupnya yang sekarang memberinya lebih banyak kebebasan untuk melakukan semua perkara yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini.

Capture 7

Menjadi seorang kakak yang pernah mengalami suka dan duka menjadi idola pasti berguna kepada adik-adiknya.

Sumber: Koreaboo!