Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok saqinahmansor, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang bapa membuat kejutan untuk anaknya ketika berada di dalam kenderaan. Dikatakan oleh wanita yang merupakan ibu kepada budak lelaki ini bahawa anaknya itu sering bertanyakan tentang bapanya dan sudah 4 bulan mereka tidak bertemu. Beliau juga mengatakan anaknya turut bertanya bila bapanya mahu pulang dari kerja kapal.
Namun reaksi kanak-kanak ini telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada penonton.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak apabila melihat reaksi kanak-kanak ini selepas dikejutkan oleh bapanya setelah sekian lama tidak berjumpa. Ada juga yang mengatakan reaksi kanak-kanak ini yang menahan sebak boleh ‘berjangkit’ kepada penonton.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.3M penonton, 106.7K sukaan dan 3426 komen.
Baca lagi: Hasrat Nak Buat Kejutan Untuk Anak Tak Tercapai, Situasi Ini Buat Ramai Yang Sebak
Baca lagi: Block Parking Tanpa Rasa Bersalah, Situasi Ini Buat Ramai Yang Marah
Lihat klip durasi pendek kanak-kanak ini:
@saqinahmansor Dia memang suka kalau surprise bila daddy balik. Momi rasa dia memang suka perasaan bila nampak daddy balik. Tapi kali ni extra sikit drama, 1st time dia nangis bila daddy turun kapal. Sebenarnya lately ni memang nampak dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik. Kadang2 tanya daddy ada line tak untuk video call. Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi2. Jarang dia macam ni. Tak tahu lah apa yang dia Pendam. Mungkin terlalu rindu. Alhamdulillah.. bertiga kembali kami selepas 4 bulan setengah. Enjoy this precious moment abang Sayf! 🥰 Khamis . 5 Oktober 2023 #seafarerslife #pjj #fyp ♬ Buah Hati – Armada
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@yakaoooo: Bapak dia, aku yang nangis. Saya bole jadi anak akak dah ke
@Don: To get this kind of reaction, he must love his dad soo much . To become a father figure of this kind
@aleeya: Ank Sy tgk video ni Dy tnya mak..bila kakak blh peluk abh mcm ni..terdiam Sy… Al-Fatihah utk abh Amani…
@maninnnnn: same dik. orang cakap jangan nangis lagi kita nak nangis
@Ar4fiq: Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah sebegini. Tp takpe, semua berhikmah. Allah sebaik baik perancang. Abg jeles dgn ko dik
@AIN : vtt atas pasal mak ayah, ni pasal anak pulak.. nangis jelah aku hr ni
@greenapple: Aku tak nangis, aku tak nangisss. Tapi rase terussss nak balik kampungg tgk mak ayah
@zayyn_123: saya pun mengalir air mata dik. semoga menjadi anak yg soleh kepada kedua ibubapa. Insya Allah Amin
PERHATIAN:Â Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber:Â Tiktok