Home Video Bapa Menangis Depan ‘Rxz’ Selepas Dapat Tahu Dah Ada Pembeli, Reaksinya Pula...

Bapa Menangis Depan ‘Rxz’ Selepas Dapat Tahu Dah Ada Pembeli, Reaksinya Pula Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok matlepbarbershop, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan reaksi seorang bapa yang sedang menahan sebak apabila motosikalnya akan dibeli oleh pelanggan. Video klip ini juga telah disiarkan oleh anaknya yang menyatakan bahawa pembeli sudahpun membayar melalui online sebanyak RM15,000. Kata si anak, bapanya susah untuk menangis namun disebabkan motosikal kesayangannya dia mengalirkan air mata.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 10 27 144654
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi pakcik ini sememangnya membuatkan orang ramai sebak apabila melihat beliau merenung motosikal kesayangannya sebelum dihantar kepada pembeli. Ada juga yang mengatakan beliau menangis bukanlah disebabkan motosikal sahaja, namun disebabkan ‘kenangan’ bersama kenderaan tersebut daripada dahulu.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 192K penonton, 10.5K sukaan dan 259 komen.

Baca lagi: “Pagar Paling Mahal Ni”-Tuan Rumah Buat Pagar Guna Rxz Bikin Netizen Kagum

Baca lagi: Datang Check Rumah Selepas 2 Bulan Beri Sewa, Sekali Barang Yang Ditinggalkan Penyewa Pula Buat Ramai Tak Sangka

Lihat klip durasi pendek reaksi bapanya ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@anip89: kenangan xblh beli.. tp utk teruskan kehidupan… perlu d teruskan.. kenangan d memory kekal smpai ke hujung nyaa…

@Amran Amranali: Owner nangis bukan ape tu tadi wifenya bisik ‘bang pinjam dulu RM100 nanti bayar’

@Fauzan: xleh nk gambar perasaan…. pernah rasai.. tapi bezanya sy jual basikal mtb kesayangsn.. tp apakandaya.. terpaksa lepaskan juga..

@Muhamad Latiff Jamion: kadang tengah sesak terfikir nak jual.tpi klau teringat susah senang pahit manis.terus x jadi jual.

@HEARTBROKEN: Kenangan itu pasti melepaskan itu menyulitkan , Bertabah la owner

@Sultan Keyong: Saya doa, jgn sampai terjual rxz saya, Harap ekonomi lancar

@Aboi Izan: duit xde nak pakai jual..duit ada simpan barnag..barang tgh ada harga jual..pilih la mana satu option td

@CUDITSSS: menangis bukan sebab motor tapi sebab kenangan dengan motor tu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram