Disaat anak orang lain berasa selesa berada di menara gading, terdapat anak orang lain juga sedang berjuang. Dengan sanggup mengikat perut sambil belajar bersungguh-sungguh ketika berada di tempat yang sama.
Pengawal Keselamatan Hanya Mampu Beri Duit Belanja Kepada Anak Sebanyak RM30 Untuk Sebulan
Terdapat salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Azlan berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang bapa yang sanggup berkorban wang ringgit terakhir di poket sendiri demi memelihara pendidikan anak lelaki yang sedang melanjutkan pengajian di universiti.
Ketika dia sedang bersenam, Azlan disapa oleh seorang pengawal keselamatan yang sudah berusia dan bertanya sama ada dia mempunyai akaun CIMB. Ketika Azlan menjawab dia ada akaun bank itu, pakcik pengawal ini bertanya bolehkah Azlan membantunya memindahkan wang ke dalam akaun bank anaknya dan dia akan memberikan wang tunai kepadanya.
Baca lagi: Ini 8 Bahagian Kereta Elektrik Yang Anda Perlu Tahu
(Gambar hiasan)
Azlan bertanya berapa wang yang perlu dipindahkannya, dan pakcik itu memintanya untuk memindahkan RM30. Azlan kemudian ingin tahu berapa lama anaknya itu dapat bertahan dengan hanya diberi wang belanja RM30.
“Selagi dia boleh bertahan. Dia kata ada kena beli buku sekarang. Kalau habism dia akan minta lagi. Saya betul-betul tengah ketat sekarang”
Azlan bertanya sama ada anaknya itu mendapat biasiswa atau bantuan pinjaman kerajaan dan pakcik itu berkata tidak ada kerana dia menanggung sendiri pendidikan anaknya.
“Sebagian kita, RM30 adalah kos harian untuk memesan penghantaran makanan tetapi sebahagian orang lain, itu adalah kos perbelanjaan yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk bertahan selama beberapa minggu atau bahkan berbulan” -Kata Azlan
Azlan mengakhiri bebenangnya dengan menulis, situasi ini akan terus mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada kerana tida pernah tahu apa yang sedang dilalui oleh orang lain.
Wang belanja RM30 tidak banyak, yang semestinya rungutan buat ramai orang pada hari ini, tetapi keperitan dan pengorbanan yang ditanggung oleh seorang bapa untuk mendapatkan RM30 demi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemberi nafkah keluarga benar-benar menyentuh hati dan menginsafkan.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Info Rakyat