Anak-anak yang masih kecil pastinya ada sahaja idea yang ingin dilakukan oleh mereka termasuklah dengan menconteng barangan rumah yang mana aktiviti tersebut di luar fikiran ibu bapa.
Seperti apa yang tular di tiktok @chunvca, dapat dilihat klip rakaman yang menunjukkan barangan di dalam rumah yang diconteng dengan marker. Bukan sahaja di dinding yang diconteng tapi termasuklah rak putih, sofa, beg tangan dan yang paling tak masuk akal adalah sebuah telefon berjenama Apple yang habis diconteng dengan menggunakan marker pen. Difahamkan pelakunya adalah anak kepada pemilik rakaman tersebut.
Di ruangan komen bermacam komen yang ditulis oleh netizen berkaitan situasi tersebut.
“mak nya tu ok tak tu? jangan demam sudah “
“weehhhh bukaan mulut aku makin luas lepas nampak handbag mak dia .lps tu sofa !!!!! jatuh rahang aku”
“kalau aku pon “mampu” jugak bila diuji camni, tapi mampu menjadi singa dalam beberapa saat.”
Baca juga : “Dia Ingat Whiteboard Ke” -Reaksi Kanak-Kanak Ini Selepas Conteng Kereta Atuk, Buat Ramai Terhibur
Baca juga : 20 Tahun Simpan ‘Barang’ Berlonggok Depan Dan Dalam Rumah Flat, Wanita Menangis Tak Beri Kerjasama Untuk Bersihkan
Lihat klip rakaman tersebut di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Izzahh : pakar kata anak kalau mcm ni sihat tapi mak yg tengok ni jadi auto tak sihat
@baby : ya allah ni darah rendah pn boleh naik
@y : acik kat sini turut beristighfar nak..elok pulak ko buat bulat2 kat sofa mak ko tu
@umairah : ya Allah kau berikan kesabaran tahap tertinggi pd mak budak ni
@a y u n i : tengok ni pon dh baran, tapi salah diri sendiri
@i.k.a : Akk mampu beli baru.bertabahla.moga akk murah rezeki
@Anis Husna218 : Blh je amk simpan pen marker tu. bg dia pensil dan buku lukisan. Benda blh ajar.
@ejazat89 : Conteng dinding blh tahan lg.. Conteng abih brg lain mama jd hulk laaaa
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram