Setelah cemerlang tampil dalam The Glory part 2, Lee Do Hyun bakal kembali menyapa para pencinta Kdrama. The Good Bad Mother adalah sebuah siri TV dari JTBC yang mengisahkan tentang hubungan seorang ibu dan anaknya.
Si anak bernama Choi Kang Ho yang dilakonkan oleh Lee Do Hyun tiba-tiba sahaja berkelakuan seperti kanak-kanak akibat terlibat dengan sebuah kemalangan. Keadaannya yang seperti itu membuatkan dirinya terpaksa pulang ke kampung dan dijaga oleh ibunya yang sangat tegas iaitu Jin Young Soon (Ra Mi Ran).
Pihak produksi telah melepaskan poster dan teaser, para pelakon lain yang terlibat juga telahpun diumumkan di setiap platform media. Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi The Good Bad Mother:
1. Ra Mi Ran membawa watak sebagai Jin Young Soon, iaitu ibu kepada Choi Kang Ho. Dia merupakan seorang ibu tunggal yang selama ini mendidik anaknya dengan sangat tegas.
2. Lee Do Hyun sebagai Choi Kang Ho, iaitu anak kepada Jin Young Soon. Seorang pendakwa raya yang sangat dingin yang terlibat kemalangan dan seterusnya berkelakuan seperti anak kecil.
3. Ahn Eun Jin membawa watak sebagai Lee Mi Joo, iaitu kawan sepermainan waktu kecil Choi Kang Ho. Dia kembali ke kampung kerana masalah kerjaya dan cinta.
4. Yoo In Soo melakonkan watak sebagai Bang Sam Sik, iaitu pembuat onar di kampung. Walaupun begitu, dia hanya menyukai seorang gadis sahaja sejak dari kecil.
5. Telah menyepi daripada dunia seni lebih kurang 7 tahun lamanya, Cho Jin Woong tampil untuk membuat kemunculan istimewa dalam Kdrama ini. Dia membawa watak sebagai Choi Hae Sik iaitu ayah kepada Choi Kang Ho.
6. Jung Woong In kali ini menjadi pendakwa raya yang ingin menjadi calon presiden dengan menggunakan apa cara sekalipun. Dia membawa watak sebagai Oh Tae Soo.
Baca Lagi: 10 Kdrama Tamat April, Yang Manakah Kegemaran Anda?
7. Hong Bi Ra membawa watak sebagai Oh Ha Yeong, iaitu anak perempuan tunggal Oh Tae Soo. Wataknya sukar dijangka seperti bom waktu!
8. Choi Moo Sung melakonkan watak sebagai Song Woo Byeok. Dia merupakan ketua kumpulan Woo Byeok.
9. Choi Soon Jin membawa watak sebagai anak buah Song Woo Byeok yang sedang menyembunyikan identitinya.
10. Kang Mal Geum melakonkan karakter Puan Jung iaitu ibu kepada Lee Mi Joo. Dia telah mengorbankan hidupnya demi suami dan anaknya.
11. Seo Yi Sook melakonkan watak sebagai Puan Park iaitu ibu kepada Bang Sam Sik. Dia adalah pemilik sebuah kilang di Kampung Joowori.
12. Jang Won Young membawa karakter ayah Bang Sam Sik. Dia digelar sebagai presiden muda di Kampung Joowori.
13. Kebiasaannya pelakon ini sering membawa watak komedi dalam drama siri, Kim Won Hae menjadi ketua kampung di Kampung Jowoori. Dia bertanggung jawab atas setiap urusan penting di kampung tersebut.
14. Selalu membawa watak antagonis, kali ini Baek Hyun Jin menjadi seorang lelaki yang bercita-cita mahu melakukan pertunjukan pentas konsert berskala besar di Kampung Jowoori.
15. Ye Jin dilakonkan oleh Ki So Yu (kiri) dan Park Da Eon (kanan) sebagai Seo Jin. Mereka berdua menjadi saudara kembar dan kawan baru Choi Kang Ho.
16. Kim Sun Bin melakonkan watak sebagai rakan sekerja Kang Ho. Dia digambarkan sebagai individu yang membenci Kang Ho!
Nampaknya kita bakal menyaksikan deretan pelakon-pelakon hebat dalam Kdrama The Good Bad Mother. Semakin tidak sabar bukan? The Good Bad Mother akan dapat ditonton pada 24 April 2023 setiap hari Rabu dan Khamis di JTBC, TVING, dan Netflix. Nantikan ya!
Baca Juga: 6 Kdrama Bertemakan Detektif “Underrated” Tetapi Sangat Menarik