Home Video Baru 2 Bulan Beli Kereta Dah Rosak, Wanita Luah Penat Berhabis Duit...

Baru 2 Bulan Beli Kereta Dah Rosak, Wanita Luah Penat Berhabis Duit Hampir RM8,000 Baiki Kereta Sahaja

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok tomey8, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai kereta yang dibeli 2 bulan yang lalu, sudah mengalami kerosakan dan masih membuat bayaran setiap bulan untuk melangsaikan hutang kenderaan tersebut.

Beliau mengatakan tidak mampu untuk mengambil kereta baharu, serta membuat beberapa luahan bahawa dirinya sudah penat dengan kerosakan yang dialami sehingga wangnya sudah berhabis sebanyak 7 ribu hingga ke 8 ribu untuk membaikinya sahaja.

Screenshot 2023 09 18 223522
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada pembeli kenderaan terpakai dan kewangan untuk diguna sememangnya banyak yang perlu dibaiki. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara sebegini. Netizen juga mengatakan jika pembeli mengalami perkara sebegini selepas membeli kenderaan terpakai, kemungkinan tidak dijaga dengan baik.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 167.3K penonton, 7730 sukaan dan 474 komen.

Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Tomey tak habis2 gaduh dengan keta hampa pon faham kan tengok lah tomey beli baru dua bulan tapi not stop langsung rosak nak beli kereta baru meme lah beli tak payah perbaik apa2 tapi masalah bayar bulan lagi pastu ni rosak habis nak dekat 7k nak masuk 8k pulak dah penat ya allah”

Baca lagi: “Menangis Bahagia”-Hadiahkan Kereta Buat Ayah, Situasi Ini Buat Ramai Yang Sebak

Baca lagi: Teruja Sertai ‘Keretapi Sarong 2023’ Sempena Hari Malaysia, Reaksi Anak Muda Ini Buat Ramai Terharu

Lihat klip durasi pendek luahan wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@qimie arayyan: hyundai matrix honestly mmg ragam die kemain klau tk dijaga elok..nk jual blik now price market semua bwh 5k je..

@xqxb: Beli kereta 2nd tak salah. Yang salah bila kita salah pilih kereta.

@Azim Aziq: Tomey, buat bg elok . Jual balik. Pastu duit jual tu buat dpayment kereta baru.Kereta rosak mmg stress.Sbb kegunaan harian.Moga dipermudahkan urusan.

@cik_reena: keta import 2nd mahal la kalau masuk bengkel..kami pakai proton je la sng taw xberapa nk ada, pebaik pon xpandai

@Ros_1811: tomey sy amik keta xsampai setahun tengelam banjir nmpk bumbung ja, nasib ujian hbs beribu repair balik

@Dekk Awa: Kereta second memang la kak kena pebaik hok nu hok ni. Saya pon beli kereta second. Masa beli kena tengok apa yg kurang kat bengkel

@Fadilah Rusdi581: rasa dh tomey beribu jugak abis bulan2 baiki.. last suami jual dpt duit bt muka beli axia e nasib suami keja guard bleh bayar bulan

@E.: beli jela perodua sis. 2nd pun ok. Alhamdulillah dekat 10 tahun dh pakai . Pebaik sikit2 ja

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram