Home Video Baru Buka Restoran Pertama, Sekali Ryzal Ibrahim Kena Perli Dengan Netizen

Baru Buka Restoran Pertama, Sekali Ryzal Ibrahim Kena Perli Dengan Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ryzalibrhm, dan telah ditular baru-baru ini.

Ryzal Ibrahim merupakan seorang influencer di media sosial. Terkenal dengan gelagatnya bersama isteri iaitu Maryam. Sebelum ini namanya pernah ditular gara-gara membuat satu video klip di media sosial mengenai rutin harian B40, dan terdapat beberapa netizen yang tidak berpuas hati dengan video tersebut.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Ryzal Ibrahim dan Maryam telah membuka restoran pertama yang bernama K Garden. Ryzal mengatakan restoran ini dibuka di IOI City Mall Putrajaya, yang bertemakan makanan dari Korea.

Screenshot 2023 05 25 193020

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tidak sangka pasangan ini mampu membuka sebuah restoran yang bertemakan Korea dan mendapat perhatian ramai di media sosial. Ada juga yang memerli di ruangan komen berkaitan B40 dan T20, serta menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 332.8K penonton, 18.3K sukaan dan 264 komen.

Lihat klip durasi pendek restoran pertama Ryzal Ibrahim dan Maryam:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Bendiijo: yg hidup sebagai B40 boleh makan ke …. ke sebb B40 ni nk hidup mcm T20 je boleh makan sini?

@.: yang B40 tak habis lagi meroyan kat sini kenapa. chill sudah

@KakMeen: Jangan risau selagi b40 boleh masuk starbucks tu boleh la masuk kedai dia

@AFBMI: B40 jangan pergi..buat cara mcm B40, nnti tercalar imej gemilang B40

@_nbz. the: b40 jangan nak masuk yer..ingat lah hidup kita tkleh mahal2

@VijayB: b40 jgn makan kat sini. hhahahahhahaha. nti kena perli

@squallrania: saya b40، tak lama lagi T20..nanti sy masuk bila dah T40

@#cikgu shida : boleh tahu harga x.. utk b40 kira duit ,simpan tabung

@Sunflower: Kita B40 xmampu la nak pergi kedai restaurant ryzal B40 ni

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram