Tidak sampai sepuluh hari selepas melahirkan anak sulungnya, aktres jelita, Park Shin-hye telah mengejutkan orang ramai dengan menghadiri majlis perkahwinan abangnya, Park Shi Won.
Dia yang sepatutnya berehat di rumah selepas melahirkan anak, memilih untuk melanggar pantang demi abang tersayang.
Di Instagram, Park Shin Hye telah memuatnaik gambar dengan kapsyen bertulis “Tahniah atas perkahwinan awak. Satu-satunya abang kesayangan saya. Saya doakan awak hidup dengan bahagia bersama pasangan pilihan,” tulisnya ringkas.
Melihat tindakan Shin Hye, rata-rata pengikut terkejut dan tumpang berasa bimbang memikirkan kesihatannya yang dilihat seolah-olah langsung tidak berpantang.
“Dia yang berjalan pergi majlis perkahwinan, saya pula yang risau. Pantang atau tidak tu?” soal peminat.
Terdahulu, Shin-hye dan Choi Tae-joon selamat menimang cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki pada 31 Mei lalu.
Artikel Berkaitan: Peminat Teruja Nampak ‘Baby Bump’ Park Shin Hye
Artikel Berkaitan: Park Shin Hye & Choi Tae Joon Timang Cahaya Mata
Sumber: [1]