Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mat_qenyeh76, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan reaksi seorang wanita yang sedang sebak apabila melihat ibu kandungnya yang berkerusi roda selepas berakhir Latihan Asas Tentera Darat. Dikatakan beliau tidak diberitahu oleh adik-beradik yang lain bahawa ibunya sedang sakit, kerana tidak ingin mengganggunya ketika dalam latihan berkenaan.
Reaksinya yang menahan sebak dan memberi respon kepada ibunya juga telah menarik perhatian warganet.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksinya membuatkan penonton sebak apabila beliau melihat dalam keadaan terkaku ibunya sedang duduk di atas kerusi roda itu. Ada juga yang mengatakan tindakan oleh ahli keluarganya itulah menunjukkan pengorbanan seorang ibu, yang merahsiakan kesakitannya kerana ingin anaknya berjaya. Netizen juga mendoakan semoga mereka dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 195.5K penonton, 14.8K sukaan dan 815 komen.
Baca lagi: Rakaman Burung Kakak Tua Ikut Berzikir Bersama Tok Buat Ramai Yang Teruja
Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini apabila melihat ibunya di atas kerusi roda tanpa diberitahu oleh ahli keluarga:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Sekut Tawar cicoh kopi O: Allahukbar..hebat seorang ibu..tahniah dik.semoga terus berjaya dalam kerjaya tentera..awak telah banggakan ibu ayah awak dah famly …
@nikhadibahnoh: betapa ibu sggup nk tggung susah supya ank2 tk susah hati demi kejayaan. Nangis sya tau…
@biskutmanis_: weh jiwa aku tertekan tengok video ni dengan dengan aku mengalih air mata
@HafizBobek: hebatnya seorg mak, walau pun sakit teruk, ttp kuat dan kata kuat demi kejayaan ank2.semoga makcik cpt sembuh serta ank2 makcik berjaya dunia akhirat
@d_dee: kt jb xhujan. mendung jaa tapi dlm uma ni dh banjir. semoga mama sis sentiasa sihat yaa. aamiin.
@Nuar besut: besarnya pengorbanan seorang ibu smpai sangut tipu ckp sihat..
@@_Md Sukri81: itu lah pengorbanan seorang ibu adik ..dah berjaya nnti jangan lupa jasa dia ..berbakti lah pada ibu bapa kita insyaallah adik pasti berjaya …
@@nrlamira01: air mata laju betul nak turunn tmbh tgh pgnant lg emosii tuh lain mcm
@Akma yongtaufoo gombak: aku Pon tetiba sebak..tebyngkan mcm mane aku nti..yg bongsu mcm mint bidang polis..mau toroyak aku nnti..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram