Home Video Bawa Anak Jumpa Kawan Sekolah Selepas 6 Bulan Tak Berjumpa, Reaksi Mereka...

Bawa Anak Jumpa Kawan Sekolah Selepas 6 Bulan Tak Berjumpa, Reaksi Mereka Pula Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok yazidtokbah, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Yazid membuat satu klip durasi pendek mengenai anak perempuannya berjumpa dengan kawan sekolahnya setelah 6 bulan terpisah kerana berpindah ke Kuching, Sarawak. Namun reaksi mereka berdua ketika berjumpa pula menarik perhatian netizen apabila melihat gelagat mereka yang secara spontan.

Screenshot 2023 09 05 162931

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi mereka berdua ini sememangnya membuatkan orang ramai mengimbas kembali zaman persekolahan dahulu dan berasa rindu dengan rakan-rakan ketika itu. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, apabila anak mengadu kepada ibu bapa bahawa beliau rindu rakan-rakan sekolahnya setelah berpindah jauh. Oleh itu, ramai yang mendoakan semoga mereka berdua mengekalkan persahabatan hingga ke akhir hayat.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 276.3K penonton, 17.4K sukaan dan 1708 komen.

Baca lagi: Ibu Pelik Anak Tak Guna Duit Belanja Dan Sorok Sesuatu Dalam Beg Sekolah, Sekali Ini Respon Beliau

Baca lagi: “Ayah Kena Puasa” -Bapa Mengadu Lapar Dan Minta Belikan Makanan, Reaksi Anak Pula Buat Ramai Yang Sebak

Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini setelah 6 bulan tidak berjumpa:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Mat Lengchai: terbaik adik..mengalir airmata abg..rindu yg teramat pada cikgu n kwn2 sekolah..

@Eydaia: Alahaiii… berderai acikk tgk dikk oiii… teringat zaman kecik2…

@SUZEY82: moga tiap pertalian y terjalin kekal hingga hujung nyawa

@zalehaabdullah43: Macam saya la, anak rindu kawan lama ex jiran, berpisah kerana pindah rumah, cuti sekolah sy htr ke rumah kawan petang ambik sb kesian

@salbiah: dalam proses nak tukar sek anak dari johor ke perak..xtaw mcmana emosi dyeowg nty saat berjauhan dgn kawan2 yg sejati..allahu

@Nooraini Ahmad: pernah rasa rindu dengan kawan sekolah rendah. terpisah darjah 5. jumpa semula kat FB dah tamat sekolah masing² dah beranak pinak. kite eksaited….

@aweysakura26: skrg dh boleh vc bagai…. klu kita dulu mmg lost… klu ada REZEKI pun jumpa bila dah berfamily bagai… apepun mmg terbaiklah anak2 ni

@Zam.rahman: budak2 ni dia jujur.dia ikhls brkwn.smga hbngan adk dgn kwn2 kekal smpai bila2..smga d prmudah kn sgla ursn adk2 sekeluarga..nnt buat group wsp dikk

@salinayc: sbak nye hati ni….hp sngt adikbradik pun blom tentu cmni

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram