Jung Hyeon Ok, lakonan Park Sung Yeon dalam Behind Your Touch, ialah watak pembantu utama yang kini sering menjadi sorotan utama penonton kerana telatahnya yang menghiburkan!
Ketika ibu Bong Ye Bun (Han Ji-min) membunuh diri, Ye Bun datang ke sebuah bandar kecil bernama Mujin untuk tinggal bersama datuk dan ibu saudaranya, Jung Hyeon Ok.
Walaupun datuknya menerimanya, namun datuknya sentiasa bersikap dingin dan bersikap tidak mengendahkan Ye Bun. Ibu saudaranya inilah yang sentiasa memberikan semua sokongan dan kasih sayang yang dia perlukan sehingga Ye Bun berjaya membuka klinik haiwannya sendiri.
Hyeon Ok adalah salah satu watak yang paling gembira dalam drama siri “Behind Your Touch” ini. Hyeon Ok tidak lekang dengan senyuman dan semangat riangnya, Hyeon Ok sentiasa menjadi kekuatan untuk kebaikan dan cinta serta mempunyai aura positif yang menyenangkan walaupun kehidupannya sendiri sebenarnya mungkin tidak sebahagia orang lain.
Dia pelik dan tingkah lakunya seperti kanak-kanak, tetapi tidak lebih pernah berlebihan dengan orang lain selain Won Jong Muk yang merupakan bekas kekasihnya ketika zaman muda mereka.
Dia melayan anak saudaranya Bong Ye Bun seperti anaknya sendiri tetapi kedua-duanya juga mempunyai hubungan yang lebih seperti adik beradik. Hyeon Ok bekerja sebagai jururawat di Klinik Haiwan Bong.
Dia sentiasa menggalakkan dan bersifat perihatin kepada Ye Bun untuk berusaha memperbaiki kedudukan kewangannya, kerana Ye Bun masih perlu membayar sewa kliniknya.
Hyeon Ok mempunyai cinta zaman kanak-kanak dengan Won Jong Muk, ketua Balai Polis Mujin. Mereka membesar bersama dan masing-masing merupakan cinta pertama.
Sepanjang “Behind Your Touch”, cebisan kisah cinta mereka ditunjukkan melalui imbasan kembali. Ia juga menunjukkan bahawa hubungan mereka berakhir dengan kekecewaan. Hyeon Ok terpaksa berkahwin dengan orang lain, meninggalkan Jong Muk dengan hati yang hancur.
Hyeon Ok meratapi perpisahannya dengan cinta pertamanya dan menangis dalam gaun pengantinnya. Perkahwinannya tidak kekal dan mengaku sudah bercerai dengan suaminya kerana tidak dapat melupakan Jong Muk.
Jong Muk pula terus menjadi seorang yang lebih dingin, dia mengambil sikap tidak peduli dengan telatah kekasih hatinya itu. Walaupun pada hakikatnya dia sangat menyayangi Hyeon Ok.
Walaupun begitu, Hyeon Ok tidak pernah berputus asa, berterusan mengikuti Jong Muk dan tidak pernah melepaskan peluang untuk bertemu dengannya. Hyeon Ok ingin menghidupkan semula hubungan mereka.
Bagaimana pula pendapat anda tentang hubungan Hyeon Ok dan Jong Muk? Adakah Hyeon Ok berjaya menawan hati Jong Muk semula? Sama-sama kita saksikan episod seterusnya dalam drama siri “Behind Your Touch” yang pastinya sentiasa membuat penonton merasa geli hati dan terhibur dengan telatah-telatah lucu mereka!
RINGKASAN LATAR BELAKANG
Park Sung Yeon lahir pada 24 Jun 1975. Park Sung Yeon merupakan graduan Dankook University Department of Theater and Film. Saat ini dia berada di bawah naungan Bistus Entertainment.
Debut Park Sung Yeon di dunia lakonan sejak 1998. Dia dikenali kerana lakonan dalam drama popular seperti Love Alarm, Mine, Abyss, Reflection of You, Do Do Sol Sol La La Sol,Record of Youth, Never Give Up,Bloody Heart dan Our Blues, dan debutnya di layar panggung adalah melalui filem Peppermint Candy pada tahun 2000. Setelah itu Park Sung Yeon mendapat banyak tawaran berlakon filem diantaranya, The Silenced, The Wailing, The Client, Kim Ji Young:Born 1982 dan Vanishing Time:A Boy Who Returned and Believer.