Behind Your Touch merupakan drama Korea yang ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad di JTBC. Drama siri mengisahkan tentang doktor haiwa yang mendapatkan kekuatan psikometri.
Behind Your Touch dibintangi oleh Han Ji Min, Lee Min Ki dan Suho.
Dalam drama siri ini, Han Ji Min bekerja sama dengan seorang detektif untuk menyelesaikan kasus kejahatan jenayah di Kampung Mujin.
Dalam drama Behind Your Touch kita sering ditampilkan dengan pasangan duo. Kebanyakan pasangan duo dalam Behind Your Touch diwarnai dengan komedi dan menjadi detik yang dinantikan.
Berikut adalah dua belas watak duo ikonik dan menghiburkan yang ada dalam drama siri Behind Your Touch.
1. Moon Jang Yeol dan Bong Ye Bun menjadi rakan dalam usaha menyelesaikan kes jenayah kejahatan. Kedua-duanya pasti terlibat kisah cinta romantik!
Baca lagi: Behind Your Touch, Genre Fantasi Komedi Thriller, Kuasa Psikometrik dengan Menyentuh Pungggung
2. Walau sudah lama menyukai dan kerap bersama Kim Seon Woo, Bong Ye Bun juga meminta untuk tuisyen peribadi Bahasa Arab dengan Kim Seon Woo
3. Jung Eui Hwan dan Jung Hyeon Ok merupakan pasangan ayah dan anak, kedua-duanya merupakan datuk dan mak cik kepada Bong Ye Bun
4. Semenjak ditinggalkan kedua orang tuanya, Bong Ye Bun tidak akrab dengan datuknya. Dia hanya rapat dengan makciknya, umpama adik beradik
5. Duo sahabat ini selalu ada sahaja tingkah yang mencuit hati, Bae Ok Hee kawan pertama Bong Ye Bun sejak berpindah ke Kampung Mujin
6. Moon Jang Yeol suka menasihati Bae Deok Hee tentang pengalamannya. Sedangkan Deok Hee jadi penterjemah sikap warga Kampung Mujin bagi Jang Yeol
7. Won Jong Mook dan Jung Hyeon Ok adalah bekas kekasih. Kedua-duanya suka membuat parodi drama Twenty Five Twenty One. Buat flashback!
8. Dukun Park Jong Bae dan Bong Ye Bun sudah berbaik dan menjadi kawan baik. Bahkan mereka sama-sama menjadi murid Kim Seon Woo
9. Sebagai detektif, Won Jong Mook dan Na Mi Ran ini juga sangat serasi bersama dalam menghadapi kes di Kampung Mujin
10. Kim Seon Woo menjadi guru tuisyen kelas Bahasa Inggeris dan penyewa di rumah Park Jong Bae
Baca juga: 8 Fakta Watak Yang Dibawa Suho EXO Dalam Behind Your Touch
11. Hubungan Bae Ok Hee dan Da Eun, yang menggantikan adiknya juga boleh tahan lucu. Tambahan pula apabila dia memanggil Ok Hee dengan panggilan ‘eonni’
12. Bong Ye Bun dan Kim Kwang Shik mempunyai kekuatan psikometri. Bezanya ahjussi ini perlu menyentuh kaki haiwan atau manusia
Dua belas duo di atas turut menceriakan drama Behind Your Touch. Dalam banyak-banyak duo, duo yang manakah menjadi kegemaran anda?