Home Entertainment Behind Your Touch: Ulasan Episod 11

Behind Your Touch: Ulasan Episod 11

0

Kim Seon Woo (Suho) merupakan salah satu watak yang paling mencurigakan dalam drama siri popular, Behind Your Touch (2023).

Nampaknya ramai orang yang mencipta teori bahawa setiap pembunuhan yang terjadi di kampung Mujin merupakan perbuatannya. Bahkan, Moon Jang Yeol (Lee Min Ki) juga beranggapan demikian.

Namun, terdapat beberapa perkara yang menjadi petunjuk meyakinkan terutamanya atas sikap aneh Kim Seon Woo kepada Cha Ju Man (Lee Seung Joon). Nampaknya, target asal Kim Seon Woo adalah ahli politik tersebut.

Baca juga: Behind Your Touch, Genre Fantasi Komedi Thriller, Kuasa Psikometrik dengan Menyentuh Pungggung

Jadi, apakah bukti yang menunjukkan dendamnya itu ya? Jom sama-sama kita lihat ulasan seperti berikut ini.

Behind your touch
1. Bong Ye Bun (Han Ji-min) pernah membaca memori Kim Seon Woo. Walaupun memori itu kelihatan samar-samar dan kurang jelas, pandangannya seolah-olah tampak seperti ruang pejabat Cha Ju Man

873f8953 aadc 4a3a 98b0 3d3ef93092b7
2. Perkara tersebut menjadi petunjuk yang jelas bahawa Kim Seon Woo pernah masuk secara diam-diam ke pejabat ahli politik tersebut

 

c3fdc45e ca5e 45be 89c0 32b0aa04f279
3. Kim Seon Woo juga nampak kurang senang dan langsung tidak selesa ketika Cha Ju Man melakukan kempen, tambahan pula Kim Seon Woo kelihatan beberapa kali mengikuti Cha Ju Man dalam diam

32b70546 b177 4eb1 9485 9ba8d305c045
4. Kim Seon Woo juga berkata bahawa ada seseorang yang mencuri perhatiannya di kampung Mujin. Mungkinkah orang itu adalah Cha Ju Man?

Baca lagi: Behind Your Touch, 12 Duo Yang Menghiburkan, Menceriakan

59e53bae db72 4669 bc98 75942974dafe
5. Kampung Mujin adalah kampung halaman ibu Kim Seon Woo, namun Kim Seon Woo datang ke kampung tersebut tidak lama selepas ibunya meninggal dunia

da751702 8c58 4137 9986 4e77c13a0ded
6. Ramai orang yang berfikir bahawa ibunya meninggal dunia dengan cara yang tidak adil sehingga Kim Seon Woo berniat untuk membalas dendam kepada seseorang di Kampung Mujin tersebut

4da29d1c bdf2 4934 aaf6 6ccdb9a6c5f1
7. Sementara itu, Cha Ju Man juga disyaki terlibat dengan kes kematian ibu Bong Ye Bun yang sebelum ini ditutup sebagai kes bunuh diri

Walaupun demikian, semua ini belum dapat dipastikan kebenarannya. Namun, ramai penonton setia Kdrama ini yakin bahawa kedua-dua watak tersebut memang mencurigakan dan mereka berdua ada rahsia tersembunyi.

Jadi, bagaimanakah sambungan kisah Kim Seon Woo dan Cha Ju Man seterusnya? Jangan lupa untuk saksikan episod seterusnya Behind Your Touch,ya!

Baca lagi: 8 Watak Kdrama Miliki Kuasa Luar Biasa Sejak Kecil
Baca juga: 7 Kdrama 2023 Tema Detektif dan Kuasa Super